Halaman

Malaysia's Blogs and Websites Ranking

Khamis, September 18, 2014

KISAH POKOK YAHUDI


“Wahai muslim, ini ada Yahudi sedang bersembunyi di belakangku, kemari dan bunuhlah dia!”
gharqad
Pohon Gharqad
Masih ingatkah saudara tentang artikel pohon gharqad (Al-’Ausaj) atau dikenali sebagai pohon Yahudi? Kali ini saudara akan dipapar pula tentang sedikit sebanyak akan sifat pohon Yahudi ini.  Kupasan ringkas ini turut mengajak pembaca mengetahui tentang pohon yang menjadi pilihan jutaan kaum Yahudi masa kini untuk terus menanamnya di beberapa kawasan utama.

AKHIR ZAMAN


Orang Yang Tak Sedarkan Diri
Daripada Abu Hurairah r.a. Bahawasanya Rasulullah SAW bersabda “Jika ada seseorang berkata, ramai orang telah rosak, maka orang yang berkata itu sendiri yang paling rosak di antara mereka” (HR Muslim)
Ahli Ibadat Yang Jahil Dan Ulama Yang Fasik
Daripada Anas r.a. Beliau berkata, bersabda Rasulullah SAW “Akan ada pada akhir zaman ahli ibadat yang jahil dan ulama yang fasik ” (HR Ibnu Ady)
[Orang jahil yang rajin beribadat dan ada pula orang alim yang fasik]

PENYAKIT YANG JARANG KITA KETAHUI


Manusia yang dilahirkan sempurna fizikal dan mental seharusnya bersyukur kerana di dunia ini terdapat mereka yang kurang bernasib baik.  Sesetengah manusia diuji dengan penyakit-penyakit pelik dan sukar pula diubati.  Kelahiran mereka yang istimewa ini menjadi perhatian seluruh dunia.  Terdapat sesetengahnya yang jika dilihat tidak tertanggung penderitaannya tetapi hanya mereka sahaja yang mengetahui sejauh mana derita yang mereka alami.

LELAKI TERUMBU KARANG
Seorang lelaki yang digelar manusia terumbu karang akibat ketumbuhan yang muncul di seluruh tubuhnya. Lin Tianzhuan yang berasal dari Shuimen di selatan Chin sering mengasingkan diri, bersembunyi di rumah keluarga selepas dia dijauhi oleh teman-teman dan jiran tetangga.  Dia tidak boleh menggerakkan tangan dan kakinya berkata keadaan ‘mengerikan’ itu membuatnya merasa seperti akan berubah menjadi batu.
Derita…seakan-akan batu yang melekat pada tangan dan kaki

4 PETANDA HIDUP KITA TIDAK BERKAT


Pernah tak anda mengeluh begini?…”Hmm..kenapa duit aku tidak pernah cukup, ke mana perginya wang aku, beli apa ye??..” Baiklah saudara pembaca, sebenarnya banyak tanda-tanda jika kehidupan kita ini tidak mendatangkan keberkatan tanpa kita sedari barangkali.  Mari kita semak diri masing-masing tentang beberapa tanda di bawah ini yang jelas membayangkan kehidupan kita ini tidak mendatangkan keberkatanNya. Mengapa agaknya jadi begitu?
Antara tanda-tanda hidup kita tidak ada berkat adalah :
1.   Duit yang banyak tetapi tidak pasti ke mana disalurkan.
duit_habis
Pertama, pendapatan kita bertambah, tetapi asyik tidak mencukupi. Dalam hal ini, kemungkinan tanpa kita sedari wang yang kita peroleh  itu
telah dihabiskan pada perkara yang sia-sia. Seharusnya, apabila duit dapat banyak, amalan sedekah pun kena hendaklah bertambah dan menjadi seorang yang pemurah. Namun, sayangnya  kita menjadi makin kedekut. Sedekah tidak bertambah, pada masa yang sama wang tetap habis ke tempat lain.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...