Halaman

Malaysia's Blogs and Websites Ranking

Isnin, Julai 29, 2013

KISAH MONDAY COUPLE TELAH BERAKHIR



Monday Couple

HUBUNGAN cinta Song Ji Hyo dengan Baek Chang Joo, CEO agensinya, CJeS Entertainment kini bukan lagi rahsia dan rata-rata para peminat artis cantik itu sudah mampu menerimanya.
Cuma segelintir yang mengharapkan dia benar-benar bercinta dengan Kang Gary iaitu pasangannya dalam program realiti televisyen, Running Man, sahaja masih tertanya-tanya apakah kesudahan Monday Couple?
Kalangan staf program SBS itu turut tidak menafikan akan berlaku perubahan dalam hubungan `pasangan’ tersebut.
Penerbitnya, Cho Hyo Jin memberitahu Star News; “Saya baru dimaklumkan tentang hubungan Song Ji Hyo. Anggota Running Man rapat antara satu sama lain, jadi mereka mungkin sudah tahu mengenai hubungan ini tetapi kami (staf) memang tak tahu menahu.”
Ditanya tentang status hubungan Gary dan Ji Hyo dalam program itu selepas ini, menurutnya; “Monday Couple tak pernah ada dalam skrip, ia berlaku secara natural jadi kami tidak ada rancangan untuk mengubah apa-apa. Bagaimanapun dengan perkembangan terbaru hubungan cinta Ji Hyo, rasanya Monday Couple pun secara semulajadi akan berubah.”
Bagaimana agaknya reaksi Gary apabila mengetahui tentang kisah cinta pasangan olok-oloknya ini. Mungkin tak dia menjerit: “Stress!”


Kredit : Utusan

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...