Halaman

Malaysia's Blogs and Websites Ranking

Jumaat, Julai 18, 2014

TRAGEDI MH17: LULUH HATI SEORANG IBU


  • Jamilah Noriah Abang Anuar,72,(kanan) ibu kepada Ariza Ghazalee, salah seorang penumpang pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang terhempas di Ukraine, tidak dapat menahan kesedihan ketika ditemuramah di kediaman mereka di sini, hari ini. - Foto BernamaJamilah Noriah Abang Anuar,72,(kanan) ibu kepada Ariza Ghazalee, salah seorang penumpang pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang terhempas di Ukraine, tidak dapat menahan kesedihan ketika ditemuramah di kediaman mereka di sini, hari ini. - Foto Bernama
 1 / 1 
KUCHING - Jamilah Noriah Abang Aji Anuar, 72, terlalu sebak untuk bercerita mengenai anaknya Ariza Ghazalee, 46, menantunya Tambi Jiee, 49, bersama keempat-empat anak mereka yang menjadi penumpang pesawat MH17 yang terhempas di Ukraine berhampiran sempadan Rusia.

Dengan suara tersekat-sekat beliau memberitahu anak, menantu bersama cucu-cucunya itu sedang dalam perjalanan pulang ke tanah air selepas lebih tiga tahun berada di luar negara.
  
Beliau berkata, anaknya mengikuti suami yang bertugas dengan sebuah syarikat milik Shell di Kazakhstan dan suami anaknya itu baru mendapat kebenaran untuk berpindah tempat kerja dari Kazakhstan ke Kuala Lumpur.
  
Beliau yang ditemui di kediamannya di Samariang di sini berkata, sebelum ini anaknya begitu ceria hendak menyambut Aidilfitri di tanah air, malah sudah mula menempah baju warna sedondon putih untuk hari lebaran nanti.

MH17 DI TEMBAK JATUH


Kuala Lumpur : Perkhidmatan Keselamatan Ukraine (SBU) mendakwa berjaya memintas dua perbualan telefon di mana pemisah pro-Russia yang mengaku tersalah tembak jatuh Penerbangan MH17 selepas insiden berlaku, semalam.
Rakaman perbualan dipintas SBU itu didedahkan kepada media Ukraine Kiev Post didakwa hasil perbualan antara pegawai perisikan tentera Rusia dan militan Cossack yang disokong kerajaan Rusia.
Panggilan telefon berkenaan dikatakan dibuat beberapa minit selepas kemalangan Penerbangan Malaysia Boeing 777-200 berhampiran kampung Chornukhine, kira-kira 80 kilometer dari barat laut Donetsk dekat sempadan Rusia, lokasi MH17 terhempas.

Berikut adalah transkrip daripada audio perbualan yang belum dapat disahkan kesahihannya yang dikeluarkan oleh Ahkbar Kiev Post.


Foto

Ahad, Julai 13, 2014

TIPS MEMILIH BUAH TEMBIKAI


Aku rasa ramai yang tidak tahu bagaimana caranya memilih Buah Tembikai yang manis. Aku sendiri pun tidak tahu. Aku main ketuk ketuk sahaja tanpa melihat bentuk dan warna buah tembikai tersebut. Disini aku ingin berkongsi kepada para pembaca tips yang sangat bagus untuk memilih Buah Tembikai yang manis.

MABUL DI SERANG

Terkini! Seorang Anggota Polis Maut Ditembak Dan Diculik Pengganas Sulu

10466682_793057370724940_690776648_n

SABAH- Bumi Sabah digegar sekali lagi dengan serangan dipercayai daripada Pengganas Sulu lewat tengah malam tadi. Kejadian berlaku berhampiran Pulau Mabul dibawah kawalan ESScom,telah mengorbankan seorang Anggota Polis  yang ditembak Pengganas Sulu selepas Anggota Polis yang membuat rondaan berjaya mengesan pengganas tersebut.

MANGSA MERCUN LAGI


Dungun: Dada seorang remaja lelaki berlubang akibat tertusuk serpihan botol plastik manakala pasangan kembarnya cedera di perut selepas mercun buatan sendiri menggunakan belerang dimampatkan di dalam botol plastik dihasilkan mereka meletup di Kampung Bukit Chatak, dekat sini, semalam.
Dalam kejadian jam 11 pagi, serpihan botol plastik di dada Mohd Fahmi Adri, 14, berjaya dikeluarkan sebelum bahagian berlubang dijahit dan keadaannya stabil, manakala kembarnya Mohd Fikri yang cedera di perut turut menerima beberapa jahitan. 

Khamis, Julai 10, 2014

PEROMPAK DITETAK DENGAN PARANG SENDIRI


MUAR - Seorang lelaki cedera parah akibat dipukul dan ditetak dengan senjatanya sendiri ketika cuba menyamun sebuah rumah di Kampung Tanjung Selabu, Bukit Pasir di sini, hari ini.      

Dalam kejadian  10.30 pagi itu, Lau Teng Siew, 43, berkata beliau tiba-tiba ditetak dengan parang oleh suspek sebaik sahaja membuka pintu rumahnya.
      
"Sebaik membuka pintu kayu itu, kepala saya terasa sakit dan darah mula mengalir di bahagian dahi sehingga penglihatan saya menjadi samar-samar. Tanpa berfikir panjang, saya mencapai kerusi dan memukul lelaki bertopeng itu berulang kali hingga patah.

10 LANGKAH CARA BERJIMAT


Artikel kali ni aku ingin berkongsi dengan anda semua mengenai bagaimana kita boleh menjimatkan wang kita dalam kehidupan seharian. Semoga artikel pada kali ini dapat memberi kita idea untuk kita berfikir bagaimana caranya kita boleh berjimat cermat.  
1. Putuskan hubungan dengan TV anda
save money 1
Sekiranya anda melanggan pakej TV satelit ataupun kabel siaran, inilah masanya untuk anda menilai semula langganan anda. Mungkin anda boleh memilih pakej yang sedikit dan ini akan merendahkan yuran langganan anda, atau anda boleh batalkan langganan anda dan tonton rancangan kegemaran anda di atas talian. Anda juga mampu mengambil peluang ini untuk meluangkan masa berjauhan dari TV yang anda boleh gunakan untuk fokus kepada hobi anda. Bijak!

HUTANG KAD KREDIT?



Untuk kebanyakan orang, ia merupakan kemudahan yang membolehkan kita “beli sekarang, bayar kemudian”, di samping menikmati pelbagai keistimewaan ekslusif yang ditawarkan oleh pelbagai rangkaian peniaga. Tapi bagi mereka yang kurang berdisiplin, kad kredit adalah bagaikan bom yang nak meletup depan muka dengan timbunan bayaran faedah yang besar jika anda berbelanja sesuka hati dan tak dapat buat bayaran penuh pada hujung bulan.

SAMBA DAH JADI SAMBAL


BRAZIL akhirnya dimalukan di tempat sendiri oleh German.
Peminat bolasepak Brazil meneriakkan kata-kata kesat kepada Presiden Dilma Rousseff selepas pasukan Jerman mendahului 5-0 sebelum tamat babak pertama perlawanan separuh akhir Piala Dunia 2014 awal pagi tadi.

Rousseff bagaimanapun tidak ada di stadium menyaksikan perlawanan itu.

Tindakan penonton itu mengulangi apa yang terjadi semasa upacara pembukaan Piala Dunia tiga minggu lalu.

Selepas tamat 90 minit permainan, Brazil dimalukan oleh Jerman 7-1 dalam perlawanan yang pasti akan meninggalkan parut besar kepada negara bolasepak itu. Ia adalah kekalahan paling teruk Brazil dalam sejarah Piala Dunia.

Brazil

Selasa, Julai 08, 2014

IBLIS BERDEBAT DENGAN FIRAUN


INI ada satu cerita, Iblis terkutuk berdebat dengan Firaun durjana. Tiada yang baik antara keduanya, namun ada yang teruk macam mereka.

Kononnya, pada suatu malam, Iblis pergi ke istana Firaun ketika ‘sahabatnya’ itu hendak tidur. Tiba sahaja di hadapan kamar Firaun, Iblis pun mengetuk pintu lalu memanggil Firaun keluar.

Firaun berang tidak terkira kerana ada yang berani mengganggunya ketika dia mahu melelapkan mata. “Siapa yang berani ketuk pintu bilik tidur aku?,” tanya Firaun yang sombong itu dengan suara bengis.

“Hai! Bukankah engkau sentiasa dakwa diri engkau tuhan, tapi aku ada di sebalik pintu depan engkau pun engkau sudah tidak tahu. Tapi tidak apalah. Sebenarnya aku Iblis. Keluarlah sekarang kerana aku mahu berbincang dengan engkau,” jawab Iblis selamba.

Dia menyeringai, puas hati kerana awal-awal lagi dia sudah berjaya memperlekehkan Firaun, seorang raja negara besar yang digeruni ramai.

Maka, setelah Firaun membuka pintu dan melihat Iblis tercegat bercekak pinggang di hadapannya, dia jadi bertambah marah.

“Engkau memang makhluk tidak berguna. Dengan makhluk lain, bahkan Nabi Adam, engkau bersikap biadab. Dengan aku pun engkau mahu tunjuk keras kepala?,” sergah Firaun.

Bantuan Khas Kewangan RM500

Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan Bayaran Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 sebagai persiapan Aidilfitri kepada penjawat awam bagi Gred 1 hingga Gred 54.


Bonus-Raya-2014

Perdana Menteri turut mengumumkan Bayaran Bantuan Khas Kewangan RM250 kepada 684,000 pesara kerajaan bagi menghargai jasa, bakti dan perkhidmatan mereka. 

NEYMAR SAH TIDAK DAPAT BERAKSI


Agak malang bagi pemain Brazil Neymar tidak dapat beraksi ke pelawanan seterusnya.
Terjahan pemain Columbia, Juan Zuniga terhadap penyerang berbisa Brazil, Neymar meranapkan impiannya untuk mengiringi Brazil menjulang gelaran juara Piala Dunia 2014.
Doktor pasukan Brazil, Rodrigo Lasmar, mengesahkan Neymar mengalami keretakan tulang belakang yang memerlukan masa untuk kembali pulih.

PROFESSOR FIZIK BERJAYA MERUNGKAI RAHSIA SOLAT BERJEMAAH

Artikel bulan ini agak menarik untuk dikongsikan bersama semua pelawat yang beragama islam. Almaklumlah kita sebagai seorang yang beragama islam wajib menunaikan solat 5 waktu. Jom kita baca artikel di bawah ini. Kalau nak share... jangan malu jangan segan share sahaja; 
Seorang Professor Fizik di Amerika Syarikat telah membuat satu kajian tentang kelebihan solat berjemaah yang disyariatkan dalam Islam. Katanya tubuh badan kita mengandungi 2 cas elektrik iatu cas positif dan cas negatif. Dalam aktiviti harian kita sama ada bekerja, beriadah atau berehat, sudah tentu banyak tenaga digunakan.


Rahsia Tarikh lahir

Terima kasih kerana masih lagi sudi menjenguk laman blog aku ni. Walaupun aku dah jarang sangat update di blog nie, almaklumlah kekangan kerja membuatkan diri ini kadangkala tidak terdaya. Apatah lagi sekarang ni kan bulan Ramadan. Aku ucapkan selamat berpuasa kepada semua pelawat yang beragama islam. Baiklah artikel kali ni aku ingin berkongsi dengan semua pelawat mengenai Rahsia Tarikh Lahir. Aku dapat dari artikel http://www.tentangcinta.com.. Jom baca


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...