Halaman

Malaysia's Blogs and Websites Ranking

Rabu, Mac 26, 2014

BUAT KELUARGA PESAWAT MH370

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Agak lama juga aku tidak update blog nie atas sebab busy dengan urusan di luar. Semalam sewaktu aku buka tv9 ada sesuatu yang menarik perhatianku untuk terus menonton rancangan tersebut. Ada satu kata-kata yang di ucapkan oleh Ustaz Hassan Din Al hafiz, selagi kita tidak jumpa bukti yang mengatakan mereka terhempas selagi itulah kita  jangan berputus asa untuk terus melakukan solat hajat dan sentiasa berdoa kepada Allah. Bagi yang beragama lain ikutlah cara agama anda sendiri. Tidak ada yang mustahil jika mereka masih lagi hidup jika Allah mahukan mereka hidup. Ini semua adalah satu ujian daripada Allah sentiasa lah banyak bersabar dan teruskan berdoa sehingga mereka di jumpai semula.

LUAHAN HATI DARI SEORANG ISTERI SALAH SEORANG ANAK PESAWAT PENERBANGAN MH370



Kuala Lumpur: “Saya akan beritahu Iman dia kehilangan bapanya dan Muhammad akan menjadi kekuatan saya untuk meneruskan hidup.
“Ingat tak saya beritahu awak, saya ingin menjadi ketua bidadari di syurga? Saya cemburu awak sudah berada di sana (syurga) tapi saya akan bersama awak satu hari nanti.” Demikian luahan Intan Maizura Othaman, isteri kepada Mohd Hazrin Mohamed Hasnan, seorang daripada anak kapal pesawat penerbangan MH370 yang disahkan hilang di Lautan Hindi, kelmarin.
Warkah buat Rain itu tajuk luahan Intan Maizura dengan menjadikan media sosial Facebook, Twitter dan Instagram sebagai tempat berkongsi perasaannya.
Menerusi akaun media sosial itu, Intan Maizura mendedahkan dia bakal melahirkan anak kedua bulan depan berjanji kepada suaminya yang dipanggil Rain, dia akan menjaga anak mereka serta memberitahu anak sulung bapanya sudah tiada.
Walaupun akaun media sosial itu diletakkan pada ketetapan peribadi, namun ia dikongsi ramai pengguna lain sejak semalam.

Jumaat, Mac 21, 2014

PENJELASAN USTAZ HAFIZAL ISU BENZ ALI



KHAS UNTUK BENZ ALI... Sila dengar penjelasan daripada Ustaz Hafizal. Cakap jangan ikut kepala otak sendiri. Walaupun kes ini sudah lama berlalu, aku nak kongsi jugalah untuk tontonan bersama.

PEMIKIRAN BENZ ALI yang boleh menjatuhkan AKIDAH ISLAM...

Mohon Rakan-rakan Share tentang manusia bernama Benz Ali ni, cukup bahaya dan merosakkan AKIDAH ISLAM

1.Menghina hadis nabi s.a.w

2.Menghina Islam

3.Mengatakan seseorang itu tidak diukur Islamnya melalui Syahadah

4.Mempersendakan nabi s.a.w yg suruh mencukur bulu bg kebersihan diri

5.Mengatakan solat,pergi haji seolah2 tiada faedah pun kepada manusia

6.Menyamakan Islam dengan agama2 lain

7.Mengangungkan Syiah

8.Menghina Ahlus sunnah wal jamaah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...