Halaman

Malaysia's Blogs and Websites Ranking

Isnin, Julai 29, 2013

KEMALANGAN SEWAKTU PENGGAMBARAN RUNNING MAN

Kemalangan Semasa Penggambaran Episod Baru Running Man


Sebuah rancangan realiti komedi Korea yang sememangnya popular di seluruh dunia iaitu Running Man baru-baru ini telah menggemparkan para peminat setianya mengenai berita tentang kemalangan serius yang nyaris berlaku semasa penggambaran episod baru rancangan tersebut.


Gambar tersebut menunjukkan artis jemputan Running Man, Yubin ,salah seorang ahli Wonder Girls nyaris dihempap oleh kotak kayu namun sempat diselamatkan oleh krew-krew Running Man yang bertindak pantas apabila menyedari insiden tersebut. 

Yoo Jae Suk, Gary dan Lee Kwang Soo dilihat segera menerjah ke arah Yubin bagi mengelakkan kotak kayu tersebut jatuh ke arah . Tindakan pantas mereka berjaya menyelamatkan keadaan. 
Menurut sumber, insiden tersebut berlaku apabila Yubin Wonder Girls tersadung pada kotak kayu ketika beliau melompat di atasnya dan menyebabkan Yubin terjatuh di atas lantai. Kotak kayu tersebut tidak seimbang lalu menyebabkan ia jatuh ke arah Yubin dan hampir mengakibatkan kemalangan yang serius. 
Yubin dilaporkan selamat dan tiada kecederaan yang berlaku

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...