Halaman

Malaysia's Blogs and Websites Ranking

Khamis, September 18, 2014

4 PETANDA HIDUP KITA TIDAK BERKAT


Pernah tak anda mengeluh begini?…”Hmm..kenapa duit aku tidak pernah cukup, ke mana perginya wang aku, beli apa ye??..” Baiklah saudara pembaca, sebenarnya banyak tanda-tanda jika kehidupan kita ini tidak mendatangkan keberkatan tanpa kita sedari barangkali.  Mari kita semak diri masing-masing tentang beberapa tanda di bawah ini yang jelas membayangkan kehidupan kita ini tidak mendatangkan keberkatanNya. Mengapa agaknya jadi begitu?
Antara tanda-tanda hidup kita tidak ada berkat adalah :
1.   Duit yang banyak tetapi tidak pasti ke mana disalurkan.
duit_habis
Pertama, pendapatan kita bertambah, tetapi asyik tidak mencukupi. Dalam hal ini, kemungkinan tanpa kita sedari wang yang kita peroleh  itu
telah dihabiskan pada perkara yang sia-sia. Seharusnya, apabila duit dapat banyak, amalan sedekah pun kena hendaklah bertambah dan menjadi seorang yang pemurah. Namun, sayangnya  kita menjadi makin kedekut. Sedekah tidak bertambah, pada masa yang sama wang tetap habis ke tempat lain.

2. Kerja yang dilaksanakan, tidak juga siap.
Kadang-kadang kita dapat macam-macam kerja, dapat projek itu ini, idea pun banyak, tapi satu pun tidak berjaya.  Macam-macam usaha dibuat, macam-macam projek kita cuba lakukan, malangnya semua tergendala begitu sahaja. Sekalipun ianya menjadi, ianya tidak seperti yang dirancangkan.
3.  Melakukan sesuatu tetapi tiada manfaat.
Biasanya kita banyak mendalami ilmu itu dan ini.  Pelbagai jenis bacaan dibeli dan dikaji tetapai sayangnya satu ilmu pun tidak diamalkan dan tidak terpahat diingatan. Seolah-olah berlalu begitu sahaja.
4. Masa habis dengan sia-sia.
Dalam tempoh 24 jam, kita berasakan bahawa kita sentiasa sibuk kononnya tetapi sebenarnya banyak masa dihabiskan dengan perkara yang sia-sia sahaja seperti menghabiskan masa melayari laman sosial, leka berhibur dengan rakan-rakan, masa terbuang berborak dengan kawan,  bermain permainan komputer dan diri juga leka melepak dengan kawan-kawan serta berbuat maksiat.
Dalam pada itu, kita culas nak luangkan masa untuk membaca kitab suci Al-Quran dalam sehari. Padahal itulah teman setia kita di alam kubur nanti.  Solat juga begitu, kita bersolat tetapi sering menunaikannya di akhir waktu, zikir jauh sekali malahan untuk mendoakan kesejahteraan diri pun malas. Jadi, macam mana kita boleh dapat keberkatan hidup.
baca_quran
Mengutamakan waktu…baca Al-Quran walau di mana saja berada
Dalam hal ini, marilah kita sama-sama bermuhasabah diri..tanyakan pada diri..”adakah aku tergolong dalam kategori orang yang tidak merasai keberkatan dari Allah SWT?  Layakkah kita mendapat keberkatanNya? Adakah kita merupakan salah seorang mempunyai tanda-tanda di atas?
Alangkah malang dan ruginya andai kita gagal mendapat keberkatan dalam hidup ini. Kerana kita bukan saja akan rugi di dunia ini, malah akan muflis di akhirat kelak.  Oleh itu, marilah kita sama-sama memohon taufik dan hidayah daripada Allah SWT untuk memperbaiki iman dan amal kita masing-masing.  Fikir-fikirkan…
kredit: Bicarasantai.com

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...