Halaman

Malaysia's Blogs and Websites Ranking

Khamis, September 18, 2014

PENYAKIT YANG JARANG KITA KETAHUI


Manusia yang dilahirkan sempurna fizikal dan mental seharusnya bersyukur kerana di dunia ini terdapat mereka yang kurang bernasib baik.  Sesetengah manusia diuji dengan penyakit-penyakit pelik dan sukar pula diubati.  Kelahiran mereka yang istimewa ini menjadi perhatian seluruh dunia.  Terdapat sesetengahnya yang jika dilihat tidak tertanggung penderitaannya tetapi hanya mereka sahaja yang mengetahui sejauh mana derita yang mereka alami.

LELAKI TERUMBU KARANG
Seorang lelaki yang digelar manusia terumbu karang akibat ketumbuhan yang muncul di seluruh tubuhnya. Lin Tianzhuan yang berasal dari Shuimen di selatan Chin sering mengasingkan diri, bersembunyi di rumah keluarga selepas dia dijauhi oleh teman-teman dan jiran tetangga.  Dia tidak boleh menggerakkan tangan dan kakinya berkata keadaan ‘mengerikan’ itu membuatnya merasa seperti akan berubah menjadi batu.
Derita…seakan-akan batu yang melekat pada tangan dan kaki

Lebih menyedihkan , orang ramai  akan menjerit ketakutan apabila melihatnya.  Pada mulanya, ketumbuhan itu menjadi keras pada tangan dan kaki semasa dia berusia 13 tahun.  Akhirnya ketumbuhan tersebut menjadi lebih tebal dari hari ke hari sehingga tidak boleh lagi membengkok bahagian lengan dan kaki.  Kini, setelah setahun mendapat perubatan serta pembedahan oleh doktor dari sebuah klinik kulit khusus, dia hanya mempunyai beberapa kesan parut pada kulit dan hampir sembuh sepenuhnya.
GADIS PENYU
Seorang gadis yang digelar manusia penyu telah membingungkan para doktor dengan ketumbuhan-ketumbuhan aneh dan pelik pada badannya.  Tumor itu yang terjadi disebabkan bengkak yang membesar iaitu pembuluh darah atau kelenjar limpa.  Keadaan ini membuatkan Tian Yunting yang berusia 23 tahun ini tampil dengan kulit bersisik yang keras.
Ketul-ketulan pada badan gadis ini sungguh menyiksakan..
Hakikatnya, penyakit yang jarang ditemui ini sememangnya membawa derita pada si gadis kerana jika sebarang objek yang secara tidak sengaja mengetuk atau menyentak boleh meletupkan pembuluh darah yang bengkak itu dan ianya akan  terus berdarah sehingga mungkin boleh membawa maut.  Keadaan ini juga menyebabkan Tian  telah terpaksa berhenti kuliahnya kerana perjalanan bas di atas jalan beralun boleh membunuhnya.
TANGAN KULIT OREN
Penyakit pelik ini ditemui di negara China.  Seorang lelaki berusia 51 tahun yang mengalami kebengkakan pada bahagian   tangan dan kaki dan mempunyai tekstur seperti kulit buah oren.  Gejala yang dialami oleh Yang Bing adalah disebabkan gejala pretibial myxedema, komplikasi penyakit  ‘Graves’  yang jarang berlaku, kata para doktor di sana.
Kulit menggerutu bak kulit oren
LELAKI BERLIDAH TEBAL
Wang Youping seorang lelaki dari negara China yang berasal dari daerah Baoji, berusia 34 tahun  sudah selama 21 tahun tidak mampu untuk menutup mulutnya kerana lidahnya memiliki panjang tidak kurang dari 25 cm.
Biarpun cacat begini, namun lelaki ini berhati waja
Ketika dilahirkan, bibirnya sudah membengkak dan berwarna gelap.  Pada usianya 6 tahun, lidahnya makin membengkak.  Seterusnya,  ketika dia berusia 13 tahun, dia sudah tidak boleh menutup mulut.  Namun, walaupun cacat, Wang membesar menjadi seorang penulis berjaya.  Dia kini berjaya menerbitkan 400 cerita dan puisi di akhbar dan majalah.
PUTING KAKI
Lazimnya, wanita mempunyai puting hanya di payudara.  Tetapi penyakit ganjil ini dideritai oleh seorang wanita berumur 22 tahun dari Brazil ini bukan saja ada puting payu dara di dada, tetapi juga di tapak kakinya. Hal ini disahkan oleh pihak  Jurnal Dermatologi yang berpusat di California mendakwa hal seperti ini adalah kali pertama telah dijumpai pada tapak kaki seseorang.
Wanita itu memberitahu doktor bahawa dia mempunyai ketumbuhan luar biasa iaitu hampir dua inci namun tidak menyebabkan sebarang kesakitan. Puting tambahan biasanya dijumpai pada kemaluan mahu pun ketiak, tetapi turut ditemui di belakang, peha dan muka tetapi tidak pernah di kaki.
LELAKI AKAR
Dede Koswara yang berasal dari Tanjung Jaya di barat Pulau Jawa, Indonesia pada mulanya telah terjatuh di sebuah tapak pembinaan berhampiran rumahnya.  Luka itu pada awalnya tidaklah begitu besar, tetapi bermula dengan luka itulah lelaki ini menanggung penyakit yang sangat jarang ditemui di dunia. Tubuh Dede ditumbuhi ketuat-ketuat yang kelihatan seperti akar-akar ataupun dahan pokok.
Penyakit yang dideritai ini telah membuat Dede popular seluruh dunia
Peringkat awalnya lelaki ini beranggapan bahawa  ketuat atau kutil itu akan gugur atau paling tidak pun dapat dihilangkan dengan menggunakan getah pokok betik.  Tetapi sangkaan Dede benar-benar meleset. Ketuatnya membesar, melarat dan mewabak ke bahagian-bahagian lain di tubuhnya!.
Sebaik sahaja ketuat di lututnya dibuang melalui pembedahan, bahagian-bahagian lain mula ditumbuhi dengan ketuat itu dengan kadar yang lebih cepat. Kakinya mula ditumbuhi ketuat-ketuat yang keras dikuti bahagian tangan, dada dan juga kepala. Wajah dan dadanya penuh dengan tompok-tompok kutil.  Apa yang pasti, tentu saja bukan akar betul yang tumbuh di tubuhnya, melainkan ketuat yang disebabkan oleh Human Papilloma Viruses (HPV).
Setiap penyakit yang dialami oleh mereka ini, hanya mereka sahaja yang mengetahui sejauh mana derita membawa penyakit tersebut.  Bak kata pepatah berat mata yang memandang, berat lagi bahu yang memikul.  Berdoalah kepada Tuhan agar dijauhkan daripada dugaan penyakit-penyakit pelik seperti ini..
Kredit: Bicarasantai.com

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...