Halaman

Malaysia's Blogs and Websites Ranking

Rabu, September 11, 2013

DEMI MASA

Kadang-kadang kita terlupa, kita lalai, kita leka dan masa terbuang begitu sahaja. Kalaulah masa itu boleh di undur balik, aku juga teringin sangat melakukan sesuatu yang dahulunya tidak pernah aku lakukan.....





Al-’Asr 103: (1-3)

[1] Demi Masa!
[2] Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian -
[3] Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.

Ingat lima perkara sebelum lima perkara
Sihat sebelum sakit
Muda sebelum tua
Kaya sebelum miskin
Lapang sebelum sempit
Hidup sebelum mati



"(Ingatlah) bahawa kehidupan dunia (yang tidak berdasarkan iman dan taqwa) hanyalah ibarat permainan dan hiburan; dan jika kamu beriman serta bertaqwa, Allah akan memberikan kamu pahala amal kamu, dan Ia tidak meminta kepada kamu harta benda kamu (melainkan untuk memberikan kamu barang yang lebih baik daripadanya)." (Muhammad 47:36)


Hidup ini hanyalah sementara sahaja. Entah esok entah lusa kita akan pergi buat selamanya meninggalkan orang yang tersayang. Harta kemewahan, kedudukan dan darjat ketika di dunia tidak boleh dibawa ke Alam Kubur. Jika dahulunya hidup di dunia seorang yang berpangkat tinggi tapi ketika di alam kubur. Setiap yang hidup pasti akan mati dan kematian itu pasti.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...