Halaman

Malaysia's Blogs and Websites Ranking

Rabu, September 11, 2013

KENAPA LAMBAT MENDAPAT JODOH YANG SESUAI??

Kenapa sukar kita mencari jodoh yang sesuai dengan kita..?? Adakah kita ini terlalu memilih sangat.. Nak yang cantik, yang hensem , yang kaya, ataupun nak yang serbaserbi sempurna. Boleh dikatakan TIP TOP!! kunun...?? Ermm..
Selalu sangat orang akan bertanya "eh ko bila lagi nak kahwin"..?? Anak si anu tue dah kahwin ko bila lagi..?? (mesti rimaskan... ni dari pengalaman aku sendiri juga)


Ada juga yang lambat kahwin mungkin dia mahu mengumpul hartanya terlebih dahulu. Kalau ada teman wanita korang mengajak korang kahwin tu, korang cakaplah dengan lembut. Korang buat semua ini untuk masa depan bersama. Insha Allah kalau dia seorang wanita yang baik, dia akan menunggu kita walaupun waktu itu kita mempunyai masalah. Tapi kalau dah tidak ada jodoh tu nak buat macamana. (ini pun aku pernah mengalaminya sendiri)

Jodoh belum sampai: ni selalu sangat kita dengar. Dan ada jugalah yang gatal sangat nak kenenkan dengan orang lain. Plzz..lah jangan buat macam ini.. Tidak perlulah nak kenakan orang lain. Mentang-mentanglah orang tu belum berkahwin.. Pandailah dia cari pasangannya sendiri. Haish..(yang ni pun dari pengalamanku sendiri) Cara nak elak dari terkena macam nie, sms kawan perempuan ajak diorang keluar. Terlepaslah dari gosip pejabat.. aduiii... ni lah salah satu trick yang pernah aku buat. Dan sememangnya menjadi... Terima Kasih sahabat :D
Hati yang kotor juga antara sebab utama kenapa kita lambat mendapat jodoh. Buangkanlah sifat amarah kita kepada orang yang pernah meninggalkan kita dahulu. Jalan terbaik adalah berhijrah ditempat baru. Bukan disebabkan mengalah tetapi untuk mengelakkan  fitnah yang tidak baik.
Mungkin juga begitu sukar untuk mendapatkan jodoh kerana seseorang itu lebih berhati-hati memilih pasangan mereka. Biarlah lambat janji apa yang dicari itu mungkin terbaik untuk kita.
Restu ibubapa juga penting. Jangan membelakangkan ibubapa kerana mereka yang telah membesarkan kita. Jika ibubapa tidak restu, baik tidak perlulah lagi kita nak tunggu. Pedih memang pedih tapi ibubapa mana yang tidak sayangkan anak mereka. Mereka lebih tahu mana yang lebih sesuai untuk kita.
Ada juga yang lebih suka memikirkan benda-benda kotor. Orang yang baik akan ditemukan dengan jodoh yang baik.
Banyak cara sebenarnya boleh kita usahakan untuk mencari jodoh. Antaranya ialah:-
- Pilihan orang tua
- kalau terlalu malu tue, korang hint-hint je kepada seseorang yang korang minat.. Kita boleh tahu dari reaksinya.. 
- minta pertolongan rakan untuk kenalkan kita kepada kawan yang senasib dengan kita
- yang paling penting sekali DOA kepada Allah untuk temukan jodoh yang baik kepada kita
- Mengikut ajaran Islam, persetujuan antara kedua belah pihak merupakan perkara asas, iaitu atas persetujuan dari calon suami dan isteri.
Ini disebabkan perkahwinan di dalam Islam bertujuan untuk keselamatan dan kesejahteraan pasangan tersebut.Kedua orang tua harus turut serta memikirkan atau memerhatikan jodoh bagi anaknya.

Doa Jodoh

doa jodoh



Jika ingin cepat mendapat jodoh anda kenalah berusaha:
  • Berdoa bersungguh-sungguh dan berusaha dengan tepat
  • kadang-kadang jodoh kita tue ialah orang yang tidak kita sangka-sangka. Tiba-tiba sahaja ia berlaku tanpa kita sedari. (mengikut dari pengalaman juga) jodoh tu selalunya tidak jauh dari kita. korang perhatikan sahaja..
  • Jangan mudah berputus asa dan sentiasalah mengisi diri anda dengan amal ibadah. Jika terasa kesunyian pergilah berjemaah di masjid-masjid yang berhampiran dengan kediaman anda.
  • Tidak Mudah patah semangat *tak semua kita nak,kita dapat, teruslah mencuba*

  • Sentiasa bersiap sedia bila-bila masa. Ceria, bersih dan baik tak kira di mana anda berada, percayalah jodoh ada dimana-mana.
  • Jika inginkan jodoh yang baik, kita perlulah baik dari segi akhlak dan juga agama barulah kita mendapat seorang jodoh yang baik. Allah tidak akan menganiaya hambanya..
P/s: ni semua dari pengalaman sendiri kerana aku juga pernah mengalami apa yang korang rasa.. Sekarang ini Alhamdulillah apa yang telah aku hajati semuanya sudah dimakbulkan. Aku harap kepada semua pembaca yang masih lagi tercari-cari tu, harap bersabar. Insha Allah jodoh korang akan tiba juga. Paling last aku nak cakap hargailah orang yang anda sayangi, dan jangan tersalah pilih. Kadang-kadang orang yang kita tolak tu lah jodoh kita yang paling baik. :)

Coretan ikhlas dari diri sendiri : www.Riznoal.blogspot.com

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tqvm for sharing and doa

RIZNOAL berkata...

:) sama-sama

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...