Halaman

Malaysia's Blogs and Websites Ranking

Rabu, September 11, 2013

JELAJAH JORAN RIA EDISI SABAH BAGUS BAH... Ke Menumbok


Saja nak kongsikan pengalaman memancing di perairan menumbok sabah. Manalah tahu ada yang mempunyai minat yang sama. Selain mengambil gambar, dan belog aku juga minat memancing. Jom layan.... :)


Ekspidisi kali ini, kami akan membawa para pembaca meninjau kawasan yang mungkin boleh di jadikan port baru para pemancing tegar. Lokasi pilihan kami kali ini ialah di perairan menumbok sabah. Tepat jam 6 pagi lagi kami telah pun bertolak dari Pulau Labuan dan menuju ke lokasi pilihan
kami iaitu menumbok. Perjalanan menuju ke perairan menumbok hanya mengambil masa 25minit perjalanan.




Lokasi pertama kami, di sebuah kapal rosak yang telah lama ditinggalkan. Port sini pun amat menarik dan tuan-tuan bolehlah mencubanya. Kurang daripada 6 minit rasanya, tangkapan mula mengena. Tuan Beckh dari Labuan Caster telah mendapat seekor GT yang bersaiz sederhana dengan hanya menggunakan umpan tiruan. Lihat sajalah gambar-gambar dibawah, walaupun ikan tidak lah sebesar mana yang penting hati puas ... betul tak ?? :)





Tuan Beckh dengan aksi manja bersama tangkapan





Aksi bersama MJ





Aksi bersama barracuda size kiut





Asin (Tekong yang hensem)







Ikan sumpit-sumpit bersaiz besar




MJ di perumahan yang telah lama tidak berpenghuni.. tiada penghuni..?? auch.. kalau malam ada.. hannnttt.... hehehehe :P

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...