Halaman

Malaysia's Blogs and Websites Ranking

Selasa, September 17, 2013

SERANGAN BUKIT KEPONG!!




23 Febuari 1950 pasti akan diingati sampai bila-bila oleh Penduduk Bukit Kepong terutamanya kepada sanak saudara mereka yang terkorban angkara serangan dari pihak komunis yang ingin merampas balai polis tika itu. Dalam kejadian tersebut, anggota polis cuma seramai 25 orang sahaja melawan segerombolan 180 orang komunis. Yang paling menyayat hati, dua orang isteri anggota polis marin turut mengangkat senjata apabila mendapati suami mereka terkorban dan mereka terus bertempur bersama-sama anggota-anggota lain sehingga kehabisan peluru. Seramai 17 orang anggota polis telah terkorban manakala anggota komunis pula hampir 40 orang komunis telah terkorban.



Pihak polis yang diketuai oleh Sgt Jamil Mohd Shah, enggan menyerah, walaupun berkali-kali diseru oleh komunis agar mereka menyerah.Sekitar jam 5 pagi, pasukan Polis Bantuan beserta sekumpulan penduduk kampung yang lengkap bersenjatakan raifal dan shotgun digerakkan dari Kampong Jawa di bawah pimpinan Penghulu Ali bin Mustaffa, dan bergerak untuk memberi bantuan. Mereka diserang hendap oleh komunis yang ditugaskan untuk menghalang sebarang bantuan dari luar dan beberapa orang kampung serta pihak komunis juga turut terkorban dalam pertempuran dikawasan itu. Sekitar masa ini, kedua-dua kedudukan Bren Gun turut dimusnahkan komunis.



Sekitar jam 7 pagi, pihak komunis menawan salah seorang isteri polis Mariam Ibrahim, isteri kepada Mata-Mata Mohamad Jaafar. Dikhabarkan, ketua kumpulan komunis, Mat Indera memaksa Mariam merayu agar pihak polis menyerah tetapi tidak diendahkan oleh Jamil sendiri. Pada masa ini Fatimah Yaaba dan anaknya Hassan turut ditawan dan dipaksa menyeru pihak polis menyerah. Mereka yang bertahan enggan berbuat demikian dan terus berjuang habis-habisan. Apabila mereka enggan menyerah, Mariam dicederakan dan Fatimah dibunuh. Suami Fatimah, Mata-Mata Abu Bakar Daud yang bertugas sebagai pemandu bot di sungai Muar, turut berjuang menentang pihak komunis sehingga cedera setelah ditembak di dada dan tangan, ketika mempertahankan botnya.




Peta Serangan Balai Polis Bukit Kepong



Hanya 3 orang anggota polis dan seorang pengawal kampung sahaja yang masih hidup dan selain daripada itu telah terkorban. Yang paling tragis sekali, pihak komunis turut melontar mereka yang tercedera serta mayat yang terkorban ke dalam api. Memang siallah perbuatan yang tidak berprikemanusiaan tu. Orang yang cedera pun diorang bakar.. Memang tidak patut di ampunkan kesalahan komunis ni sampai bila-bila pun.Hassan bin Abu Bakar anak kepada mata-mata Abu Bakar adalah salah seorang yang dicampak hidup-hidup ke dalam api.

p/s: ALFATIHAH.....

sumber: wikipedia

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...