Halaman

Malaysia's Blogs and Websites Ranking

Selasa, September 17, 2013

CHIN PENG MATI DALAM BUANGAN DI BANGKOK


Artikel kali ini aku ingin berkongsi dengan para pembaca mengenai Bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya Chin Peng akhirnya mati dalam buangan di Bangkok.







Kuala Lumpur: Bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng (gambar), yang hidup dalam buangan di Bangkok, Thailand, meninggal dunia, semalam.

Chin Peng, 89, menerima rawatan bagi penyakit kanser di sebuah hospital di Bangkok, sejak beberapa tahun lalu. 







Berasal dari Sitiawan, Perak, Chin Peng mengetuai PKM dan melancarkan perang gerila terhadap pasukan keselamatan Malaysia sebelum dan selepas negara merdeka. Dia bertanggungjawab terhadap kematian beribu-ribu askar, polis dan rakyat negara ini.


Tindakan tidak berperikemanusiaan Chin Peng serta gerilanya mendorong British mengisytiharkan darurat di antara 1948 hingga 1960.

Pada 1950-an, keganasan dicetuskan PKM pimpinan Chin Peng mendorong pihak keselamatan menawarkan ganjaran sebanyak suku juta dolar kepada sesiapa yang berjaya menahannya hidup-hidup.

Pada 1955, Rundingan Baling diadakan dan Chin Peng berjanji meletakkan senjata jika parti itu diiktiraf dan kebebasan mereka tidak disekat, bagaimanapun Kerajaan Perikatan menegaskan PKM mesti menyerah kalah.

Tarik balik pengampunan
Akhirnya, tiada kata sepakat dicapai kerana PKM enggan menerima pelan damai kerajaan dan meneruskan gerakan bersenjata. Berikutan itu, tawaran pengampunan ditarik balik pada Februari 1956.

Ancaman PKM berakhir secara rasmi pada 1989 menerusi Rundingan Damai Haadyai yang ditandatangani pada 2 Disember 1989 di antara Kerajaan Malaysia, Thailand dan PKM. Selepas lebih 41 tahun Malaysia dibelenggu ancaman komunis, perjanjian ini membawa kepada pembubaran dan peletakan senjata PKM.

Walaupun perjanjian terbabit dikatakan melupuskan fahaman itu di negara ini tetapi Chin Peng pernah berkata PKM hanya meletakkan senjata, bukan membubarkan PKM, malah mengakui fahaman komunis adalah ideologi anutannya.

Pada 2009, Mahkamah Persekutuan menolak permohonannya melalui keluarganya untuk kembali ke Malaysia, apabila mereka gagal mengemukakan sijil kelahirannya.

sumber: Berita Harian

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...