Halaman

Malaysia's Blogs and Websites Ranking

Rabu, September 11, 2013

KISAH KURT COBAIN



Kurt Cobain adalah seorang artis yang paling terpenting dalam era 90an  apabila kumpulan  Nirvana tiba-tiba menjadi popular pada tahun 1991 dengan lagu "Smells Like Teen Spirit," Kurt Cobain menjadi perintis muzik GRUNGE dan menjadi satu Feomena besar pada era 90-an. Kalau dahulunya ramai remaja akan berpakaian seperti kurt cobain dengan mengenakan jeans lusuh dan baju hitam.
Begitu besar sekali impak kumpulan nirvana ini dahulu ye.. Aku pun terikut-ikut lah juga cara dresing macam kurtlah konon... hehehe :P

Kisah Kurt Cobain

Kurt Donald Cobain dilahirkan pada 20 Februari, 1967, di Hoquiam, Washington, dan dibesarkan di bandar pembalakan. Bapanya, Donald, adalah mekanik kereta dan ibunya, Wendy, seorang suri rumah. Dimana tidak tumpahnya kuah kalau tidak di nasi kerana kurt cobain mengikut jejak langkah bapa saudaranya bermain muzik dan bapa saudaranya pernah muncul di kaca tv pada tahun 1930 dalm filem Raja Jazz. Pada usia beliau empat tahun, Cobain mula menyanyi dan bermain piano. 

Kurt mula menubuhkan kumpulan Nirvana ketika beliau bertemu dengan pemain bass krist Novoselic. Oleh kerana mereka berdua mempunyai minat yang sama iaitu cintakan muzik maka pada tahun 1987 maka terbentuklah kumpulan ini. Pada tahun 1989 Nirvana mengeluarkan album pertama mereka berjudul Bleach. Album Nevermind telah menjadi hit pada tahun 1991. Waktu ni aku darjah 6.. oopss terlari tajuklah pula... i`m sorry :P.. Oleh kerana kemasyhuran beliau ketika itu, kurt menyokong hak-hak wanita, gay dan kaum minoriti lain seperti dirinya sendiri beliau sendiri mencurahkan api kemarahan dan tidak puas hati beliau dengan menulis bait-bait lagunya untuk dimasukkan dalam album Nirvana.



Cobain mula mengenali seorang wanita yang berjaya memikat hatinya ketika itu yang bernama Courtney Love.Cobain dan love berkahwin pada 24 Febuari 1992 dan telah mendapat seorang cahaya mata bernama Frances Bean Cobain.Penggunaan Dadah telah memburukan lagi keadaan dan campur tangan polis telah beberapa kali mengeluarkan amaran kepada kedua pasangan ini agar menghentikan tabiat menggunakan dadah. Pada tahun 1993 merupakan titik kejatuhan Nirvana apabila sebuah majalah mula menyiarkan artikel berhubung dengan hak penjagaan anak perempuan mereka. Polis telah dipanggil ke rumah pasangan tersebut beberapa kali bagi kes yang melibatkan dadah dan senjata. Cobain telah didakwa.

Pada bulan Mac 1994 ketika Nirvana membuat lawatan mereka ke Eropah, Cobain overdosed buat pertama kalinya. Cobain koma selama 20 jam. Mungkin nyawanya masih panjang beliau sekali lagi pergi menghilangkan diri selama seminggu pada awal April. Pada 8 April Kurt Cobain telah ditemui mati dengan luka tembakan yang disengajakan ke kepalanya. Ramainya yang mengatakan Kurt telah dibunuh tapi kalau kita lihat sendiri, kurt sebenarnya telah banyak kali ingin menamatkan riwayatnya dengan cara pengambilan dadah yang berlebihan. Abu Kurt telah di buang ke dalam sungai Washington.



 Beliau telah meninggalkan legasi muzik yang kuat dan beberapa lagu-lagu yang paling lama bertahan era ini termasuk "Lithium", "in Bloom," " Heart-Shaped Box," "Pennyroyal Tea" dan "Rape Me."



Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...