Halaman

Malaysia's Blogs and Websites Ranking

Selasa, September 10, 2013

ISTERI ADI PUTRA TIDAK TERKEJUT..??



Isteri kepada pelakon popular Adi Putra iaitu Aida Yusof langsung tidak terkejut dengan isu mengaitkan suaminya yang didakwa menjalin hubungan sulit dengan seorang wanita bergelar isteri orang.

“Saya memang tak terkejut sebab saya tahu Adi ramai peminat. Jadi macam-macam perkara boleh terjadi. Lagipun perkara ini masih dalam siasatan, biarlah pihak polis yang jalankan siasatan mereka.
“Saya seperti biasa (tenang) saja. Kita pun tak tahu pihak yang mana betul yang mana salah. Seperti yang suami saya katakan, hal ini akan dileraikan apabila siasatan selesai dijalankan dan keputusan akan diketahui secepat mungkin”, kata Aida yang juga menegaskan tidak pernah mengenali siapakah wanita yang dikatakan menjalinkan hubungan dengan suaminya itu.
Aida yang ditemui pada sesi pratonton filem KL Gangster 2 bertempat di One Utama malam tadi, turut berkata dia dan Adi tidak pernah melihat gambar-gambar yang didakwa gambar lucah seperti didakwa, kerana ianya dalam simpanan pihak polis bagi membantu siasatan.
“Gambar? Tak. Kami tak tengok pun gambar-gambar tu sebab kami tak ada gambar tu. Semuanya pada pihak polis untuk siasatan. Kami hanya ada gamabr kahwin, jadi kami tengok gambar kahwin kami saja lah”, celah Adi Putra yang turut berada di sisi isterinya, sambil tersenyum.
Pasa 5 September lalu, Adi dikatakan saling berbalas mesej dan bertukar gambar lucah dengan seorang wanita yang berusia 30 tahun walaupun baru seminggu berkenalan.‬
Adi dikatakan berkenalan dengan wanita terbabit menerusi laman Instagram dan kemudian mereka kerap berbalas mesej melalui aplikasi WhatsApp sejak 29 Julai lalu.‬
‪Suami kepada wanita itu mengesan hubungan mereka selepas dia terbaca SMS (khidmat pesanan ringkas) ketika berada di sebuah restoran makanan segera di Jalan Skudai-Pontian, awal Ogos lalu sehingga mendorongnya membuat laporan polis. Adi juga difahamkan turut membuat laporan polis kerana mendakwa dirinya dipears ugut oleh suami wanita terbabit.

p/s: kita tunggu keputusan penyiasatan ini nanti.. Jangan dulu kita salahkan sebelah pihak, tunggu dan lihat.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...