Halaman

Malaysia's Blogs and Websites Ranking

Ahad, Julai 28, 2013

Haishhh..Admin punya ceritalah nie..."

"Erm.. Apa itu... " itulah ungkapan yang terkeluar dari mulut seorang manusia biasa yang juga mempunyai sifat amarah. Haish.. inilah dugaan di bulan ramadhan.. Pernahkah korang dapat layanan buruk ketika ingin berbuka bersama keluarga? Erm.. sewaktu admin membawa isteri keluar untuk berbuka di luar, di sebuah restoren yang sememangnya cukup terkenal di labuan. Restoren tersebut menyediakan masakan ala patani. Bukan Restoren island tom yam, mahupun restoren gukawe kerana kedua restoren ini sememangnya antara yang terbaik layanan mereka. Admin maksudkan restoren
PATANI. Kalau dahulunya restoren ni sewaktu mula dibuka dahulu sememangnya manis sahaja mulut mereka melayan para pelanggan yang datang. Tapi bila dah ramai pelanggan tetap, mereka dah mula leka dan mungkin juga dalam erti kata yang lain "EKSEN". Ooopsss... Terlajak perahu boleh di undur... telajak kata.. apa boleh buat.. dah sememnagnya kenyataan.. mentang-mentanglah Admin tidak lah berpakaian mewah langsung tidak di beri layanan sama rata pun petang tadi.. Pekerja lelakinya yang berambut panjang cuma melihat sahaja admin dengan isteri seperti kami ini tak mampu kot nak makan di sana.. Di panggil buat bodoh pula tue.. Yang si tokey yang dahulunya akan melayan pelanggan yang datang tapi kini... haishhhh... pun sama ja.. kalaulah masih ada dua orang abang yang kembar tue, pastinya tidak akan berlaku seperti ini. 10 minit berlalu, seorang pun tak datang melayan kami berdua. Yang peliknya, orang lain yang baru datang diorang melayan lah pula.. Nak kata admin ni baru, taklah juga.. Admin pun salah seorang pelanggan tetap restore tue.. sewaktu bujang lagi admin selalu makan di sana. Tapi sekarang apa dah jadi??? Dah hidup senang kot.. Nak kata diorang sibuk tak lah juga.. Admin datang jam 6 petang lagi. Orang pun belum ramai lagi.. Inilah yang dikatakan bila dah hidup senang, dah boleh tolak pelanggan. Kalau Allah tarik balik kesenangan tue, barulah korang tahu nak menghargai pelanggan yang biasa-biasa sahaja macam kami nie. (adminlah tue) haishhh... Apa boleh buat... Oleh kerana tidak di layan tadi, kami berdua pergilah berbuka di sebuah lagi restoren.. Deep Sea.. Lauk pauknya pun boleh tahan juga sedap dan harga pun berpatutan.. Kepada Taukey ataupun pekerja Restoren PATANI janganlah terlalu memilih pelanggan. Biarpun pelanggan itu hanya berpakaian biasa sahaja, tidak semestinya orang itu tidak mempunyai duit. Ikutlah contoh restoren GUKAWE, ISLAND TOM YAM mahupun DEEP SEA, walaupun ketiga-tiga restoren ini sudah pun terkenal tetapi layanan mereka tetap NO 1.

P/S: Jom kongsikan pengalaman anda.. :)

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...