Halaman

Malaysia's Blogs and Websites Ranking

Jumaat, April 10, 2015

TERIMA KASIH MARSHA KERANA MENYELAMATKAN NYAWA BAYI YANG DITINGGALKAN DI TEMPAT SEJUK

Jasamu tetap dikenang itulah ungkapan yang seharusnya diberikan kepada penyelamat bayi yang tidak berdosa. Kenapalah ada lagi manusia yang sanggup meninggalkan bayi yang baru berusia tiga bulan. Kenapalah dunia ini begitu kejam. Terima kasih Marsha kerana menyelamatkan nyawa bayi yang ditinggalkan ibunya di tempat sejuk
.. Marsha..?? (artis tue ker....??)


Marsha ialah seekor kucing jalanan jenis parsi berbulu tebal. Bukan marsha artis tue ye.. hehehe.. :P
Kejadian ini berlaku di Negara Russia dimana bayi ditinggalkan di luar flat Obninsk, wilayah kaluga, mungkin maut akibat kesejukan ketika suhu mencecah 0 darjah celcius. Kucing yang diberi nama Marsha itu, bagaikan penyambung nyawa bayi malang tersebut apabila masuk ke dalam kotak dan memanaskan bayi malang itu dengan bulunya. Alangkah baiknya seekor kucing pun sanggup menggadai nyawanya sendiri demi menjaga bayi yang tidak berdosa. Penduduk di sekitar tersebut merasa kehairanan kerana Marsha mengiau seperti dalam kesusahan. Nadezhda Makhovikova yang di temubual REN TV mengatakan, beliau melihat ke dalam kotak tersebut bayi yang sedang menangis dan disisinya seekor kucing yang sedang memanaskan bayi tersebut. Bayi malang itu dibawa ke hospital dan disahkan sihat walaupun telah ditinggalkan beberapa jam dalam cuaca sejuk. Semenjak kejadian itu Marsha telah menjadi terkenal dan disayangi oleh penduduk setempat dengan memberinya makanan setiap hari.

P/s : Kucing pun sanggup menjaga bayi.. anda bagaimana..??

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...