Halaman

Malaysia's Blogs and Websites Ranking

Rabu, Oktober 09, 2013

SPIDERMAN DIBERKAS KERANA MEROMPAK..??



Siapa peminat karektor superhero Spiderman disini..?? Aku minat karektor superhero ni yang suka sangat bantu orang yang dalam kesusahan. Tapi lain pula jadinya dengan watak spiderman yang seorang ini kini berhadapan dengan pertuduhan merompak disebuah kedai serbaneka.



| PITTSBURGH – Seorang penuntut University of Pittsburgh kini berhadapan dengan pertuduhan merompak sebuah kedai serbaneka, di sini.
Menariknya, tertuduh, Jonathan Hewson, 21, melakukan rompakan tersebut sambil mengenakan kostum Spider-Man.
Dalam kejadian sekitar jam 1 pagi itu, Hewson yang masuk ke dalam kedai Atwood Xpress bertanya kepada kerani akan jumlah wang yang mereka ada dengan suara yang kuat.
Bagaimanapun, ‘Spider-Man’ itu melarikan diri ke luar ke kedai sebaik sahaja kerani itu mengambil Taser, sejenis senjata kejutan elektrik.



Polis yang dihubungi selepas kejadian itu berjaya menahan Hewson kira-kira 20 minit kemudian, tidak jauh dari kedai tersebut dan mendapati dia masih memakai kostum tersebut.
Sementara itu, teman sebiliknya, Chris Esposito berkata, dia tidak percaya rakannya itu boleh melakukan perkara sebegitu.
“Dia seorang yang sangat baik dan sememangnya gemar memakai kostum Spider-Man untuk berseronok.
“Ini mungkin salah faham. Dia hanya peminat karakter tersebut dan juga seorang pelajar. Dia tidak ada niat buruk,” ujar Esposito.
Semasa kejadian, Hewson tidak membawa sebarang senjata dan tiada laporan spesifik mengenai ancaman terhadap kerani itu.

TONTON VIDEO SPIDERMAN KANTOI MEROMPAK DI BAWAH.

p/s: ada juga ye spiderman jahat..hehehe :P

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...