Halaman

Malaysia's Blogs and Websites Ranking

Khamis, Oktober 03, 2013

SHILA AMZAH AKUI PERNAH JADI MANGSA KEGANASAN LELAKI..??





Penyanyi jelita Shila Amzah yang popular dengan lagu "Patah Seribu" akui pernah melalui pengalaman menakutkan ditindas dan menjadi keganasan lelaki.
"Takut nak tengok "Bencinta". Tapi teringin nak tengok Kak Nora berlakon macam tu. Takut terbayang-bayang. 'Been there'. Esoklah gagahkan diri," tulis Shila di laman Twitter-nya.
Menurut Shila atau nama sebenarnya Nur Shahila binti Amir Amzah status yang ditulisnya di laman sosial Twitter itu tidak dituju kepada sesiapa, niat beliau hanya untuk memberi peringatan kepada kaum hawa agar tidak terus menjadi mangsa dan bangkit mempertahankan diri.
"Ya, saya belajar dari pengalaman lalu. Saya pernah melalui situasi membuatkan diri saya trauma hingga ke hari ini. Untuk itu, saya sentiasa mengingatkan diri supaya jangan sesekali terjebak ke dalam situasi yang sama. Ia adalah umpama sebuah mimpi buruk," katanya kepada Berita Harian.
Tambahnya lagi, pengalaman lalu banyak mengajarnya, sekaligus menjadikannya lebih kuat.
"Mungkin tanpa sedar kita seakan reda keadaan. Reda itu penting, tetapi biarlah bertempat, bukan merelakan sesuatu yang boleh memudaratkan diri."
Dalam perkembangan lain, penyanyi yang sedang mencipta nama di negeri China ini memberitahu bahawa beliau bakal melancarkan album solo terbarunya pada 10 Oktober depan dan akan menghiburkan peminatnya dengan membuat satu persembahan khas sempena pelancaran albumnya itu.
Malah penyanyi yang memasuki usia 23 tahun ini juga bakal hadir untuk memberi sokongan pada Anugerah Planet Muzik 2013 yang diadakan pada 18 Oktober ini yang mana beliau turut dicalonkan untuk lima kategori.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...