Halaman

Malaysia's Blogs and Websites Ranking

Isnin, September 09, 2013

TENTERA KIRAM SERANG ZAMBOANGA CITY !!!


Aku rasa aku patut kongsikan artikel ini kepada semua pembaca. Tadi aku lihat satu blog mengatakan tentera kiram telah melancarkan serangan keatas zamboanga city dan seterusnya 
Malaysia mengaktifkan amaran keselamatan di sepanjang sempadan perairan negari itu dengan selatan Filipina berikutan serangan pemberontak Moro di Zamboanga City.





Amaran keselamatan di Sabah dikeluarkan untuk meneliti sebarang kemungkinan insiden yang berlaku di selatan Filipina pada pagi Isnin turut menular ke negeri ini.


Kira-kira 400 lelaki bersenjata yang dipercayai ahli kumpulan Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) menyerang Zamboanga City yang terletak kira-kira 460km dari Sandakan.


Menurut laporan terbaru, pemberontak Moro itu turut mendakwa mereka telah menawan tujuh orang penduduk kampung dan meminta kedutaan Indonesia untuk campur tangan dalam perkara tersebut.


Dilaporkan sekurang-kurangnya seorang polis Filipina maut manakala beberapa lagi cedera dan 30 orang dijadikan tebusan.


Ketua Pengarah Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom), Datuk Mohammad memberitahu The Star Online bahawa pasukan keselamatan telah mengambil pendekatan untuk mengkukuhkan sempadan perairan di samping memantau perkembangan serangan di Zamboanga.


"Kami telah memaklumkan pasukan keselamatan kita supaya bersedia dan Esscom juga akan bekerjasama berikutan insiden itu," katanya.


Kedudukan Sabah yang terletak berhampiran Selatan Filipina menimbulkan kebimbangan bahawa pemberontak mungkin melarikan diri ke negeri itu dalam usaha mengelak daripada ditangkap pihak keselamatan Filipina.


MNLF yang diketuai oleh Nur Misuari yang disisihkan daripada perjanjian damai antara Manila dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) kelihatan tidak senang duduk dan mengisytiharkan kemerdekaan untuk wilayah selatan Filipina termasuk Sabah pada 13 Ogos lalu.



Sementara itu di ZAMBOANGA CITY: Seorang anggota unit peronda Tentera Laut Filipina maut manakala beberapa lagi cedera selepas bertempur dengan pemberontak Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) yang menaiki bot untuk memasuki selatan Zamboanga City awal pagi Isnin.


Timbalan Datuk Bandar, Cesar Iturralde berkata kira-kira 30 tebusan didakwa diculik kira-kira 100 anggota MNLF di Zamboanga City.


Menurut Iturralde, kumpulan itu menuntut supaya bendera mereka dikibarkan di Dewan Bandaraya wilayah tersebut.


Jurucakap Tentera Laut, Leftenan Kolonel Ramon Zagala berkata, unit peronda itu bertempur dengan pemberontak yang berada di atas sebuah bot besar dan lapan bot kecil di luar Rio Hondo.


Pertempuran pada waktu subuh itu berlarutan hingga ke Rio Hondo ketika orang ramai sedang tidur dan menyebabkan puluhan penduduk di situ melarikan diri.


Lebih ramai tentera dan polis dikerahkan untuk menyelamatkan penduduk di Rio Hondo yang terletak dekat pusat bandar Zamboanga, pusat perdagangan yang sibuk di selatan negara itu.


Bagaimanapun, menurut jurucakap polis, Ketua Supritendan Polis, Juanito Vano Jr, dia tidak dapat mengesahkan jumlah mangsa yang maut walaupun beliau telah memaklumkan empat polis cedera mengalami kecederaan.



Baca Selanjutnya: http://apple-bru.blogspot.com/2013/09/zamboanga-city-filipina-diserang-tentera-kiram-malaysia-keluar-amaran-keselamatan.html#ixzz2eNjKqoII

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...