Halaman

Malaysia's Blogs and Websites Ranking

Rabu, September 18, 2013

RONALDO PEMAIN YANG MENERIMA GAJI PALING LUMAYAN DI REAL MADRID


Ronaldo kini pemain yang menerima gaji paling lumayan biarpun Gareth Bale yang bernilai 101 juta euro (RM438 juta) mengambil alih tempatnya sebagai pemain paling mahal.
Bercakap di stesyen televisyen di negaranya, kapten Portugal itu menjelaskan status ‘pemain termahal dalam sejarah’ adalah cabaran yang perlu diatasi sebaik tiba di Real Madrid dengan harga 94 juta euro (RM407.7 juta) dari Manchester United pada 2009.
Foto
“Tiada apa yang sempurna di mana-mana kelab,” kata Ronaldo.

“Saya tiba di Madrid sebagai pemain termahal sepanjang zaman dan tekanan begitu hebat. Saya perlu membuktikan Real Madrid harga yang mereka bayar untuk saya berbaloi.” Ronaldo mengakui ada zaman naik dan turun dalam hubungannya de­ngan presiden Madrid, Florentino Perez, tetapi kini kedua-dua pihak berpuas hati dengan termeterainya kontrak baru selepas perbincangan selama setahun di antara Perez dan ejen Ronaldo, Jorge Mendes.
“Saya tiada masalah dengan presiden biarpun jelas sekali beberapa kali kami tidak bersetuju terhadap beberapa perkara tetapi itu sebahagian daripada hidup,” kata Ronaldo.

“Kami berbincang pada akhir musim dan saya sedar lambat laun kami akan mencapai kata sepakat. Kami gembira.” Perez sendiri tidak memberi bayangan apakah isu masa lalu atau masa depan di antara kedua-dua pihak ketika tersenyum berdepan kamera dalam majlis menandatangani kontrak di Stadium Santiago Bernabeu, Ahad lalu.

“Cristiano Ronaldo akan terus menjadi pemain Real Madrid untuk lima tahun lagi,” kata Perez.

“Itulah yang diharap­kan peminat seluruh dunia. Menerusi komitmen sepenuhnya, pengorbanan berterusan, keinginan diri dan bakat yang dimiliki­nya, Cristiano berjaya memenangi hati ‘Madridistas’ (penyokong Real Madrid).

“Cristiano Ronaldo, seperti juga Madrid, sudah bersedia berdepan cabaran baru. Anda perlu menjaringkan lebih banyak gol dan meraih lebih banyak kejayaan serta trofi untuk menjadikan Madrid lebih hebat.” Bos The Blancos itu turut meletakkan skuad Galactico ketika ini sebagai pemain terhebat dalam sejarah kelab.

“Santiago Bernabeu mengajar kami kelab ini mesti mempunyai pemain terbaik dan bersama Cristiano, kamilah yang terbaik.” “Saya menjadi saksi ketika Alfredo Di Stefano bercakap dengan Cristiano baru-baru ini: ambil sepakan percuma seperti yang saya lakukan. Cristiano tidak akan menyerah kalah dan meletakkan batasan.

“Hari ini adalah hari yang istimewa buat Real Madrid. Pemain terbaik dunia sedar inilah rumah­nya buat selama-lamanya. Apa yang paling diingini­nya serta di mana dia paling dikehendaki. Cristiano akan menjadi Madridista selama-lamanya. Tahniah, Cristiano.”

Sumber: HMETRO

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...