Halaman

Malaysia's Blogs and Websites Ranking

Jumaat, September 27, 2013

KRITERIA SUAMI IDAMAN WANITA






Menurut satu kajian di German, semakin ramai wanita menyimpan satu kriteria khas dalam memilih pasangan hidup. Ramai di kalangan wanita berhasrat mencari bakal suami yang ideal atau rasa humor yang bagus, tetapi satu kriteria yang sangat popular ialah pekerjaan yang baik.


Mengikut kajian yang dijalankan oleh Institute for the German Economy keatas wanita-wanita yang terbabit dalam kajian ini menyatakan: Wanita ingin menjauhi stres dan perkelahian yang diakibatkan oleh perbezaan pendapatan. Sebab masa ini ramai wanita yang berpendapatan tinggi dan mempunyai pekerjaan yang baik. Jadi mereka mengingini suami yang gajinya sama atau lebih tinggi daripadanya.


Mengikut kajian ini pasangan dengan jumlah pendapatan yang sama-sama tinggi, menunjukkan peningkatan antara 27.9 – 30.5 peratus


Sementara pendapatan bersama suami isteri sangat berbeza jauh, yang satu berpendapatan tinggi dan yang lainnya berpendapatan rendah semakin berkurang jumlahnya, sekitar 2.8 peratus


Dalam satu kajian lain yang dilakukan oleh London School of Economics pada bulan Januari lalu menunjukkan bahwa wanita lebih memilih mengahwini lelaki yang berpendapatan lebih tinggi dari dirinya.


Mengikut undian, kira-kira 64 peratus responden mengatakan mereka lebih memilih lelaki yang boleh membawa pulang duit lebih banyak dari dirinya.


Ketua pengkaji ini, Dr Catherine Hakim mengatakan, tren wanita memilih lelaki yang berpendapatan tinggi sudah terjadi sejak tahun 1940-an lagi. Katanya wanita sekarang makin sedikit yang mahu jadi suri rumah, sebab mereka lebih memilih dan ingin berjaya dalam kerjaya mereka.


Dalam satu kajian lain pula di England, yang diselenggarakan oleh YouGov, menemui:


62 peratus pendapatan suami lebih tinggi.
16 peratus pendapatan isteri lebih tinggi dari suami,
dan 18 peratus yang berpendapatan sama.


Beberapa kajian di England juga mendapati wanita suka pada lelaki yang kelakar dan cerdas.

Wahai para suami ! jangan bimbang dan ragu ,wanita Malaysia tidak seperti wanita barat. Wanita Malaysia lebih memilih suami yang penyayang, setia, jujur, yang berkelakar mau juga supaya rumah tangga harmoni. Yang berfulus ? memang suka. tapi pilihan ke dua.

Ramai pulak para isteri yang benci suami kedekut.


p/s: itu kajian barat lah.. nanti saya akan post artikel kriteria lelaki menurut pandangan islam pula ;)

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...