Halaman

Malaysia's Blogs and Websites Ranking

Selasa, September 24, 2013

HUKUM KENCING BERDIRI





Hukum kencing berdiri dalam IslamKisah kencing berdiri boleh menyembuhkan kaki syaitan yang patah hanyalah merupakan dongengan manusia zaman batu.


Dalam Islam kencing berdiri tidak dilarang. Hanya yang lebih utama ialah kencing duduk dan ini termasuk dalam etika/adab Islam.


Dalam sebuah hadisnya Rasulullah saw bersabda: Tiga hal termasuk perangai yang kasar: iaitu seorang lelaki yang menyapu wajahnya dari debu tanah sebelum selesai solat, dan meniup debu tanah di tempat wajahnya (tempat untuk bersujud) ketika sedang solat dan apabila membuang air kecil, dia melakukannya sambil berdiri.


[Hadis daripada Buraidah radiallahu ‘anhu, dikeluarkan oleh al-Thabrani dalam Mu’jam al-Ausath ] no: 5998 (Bab Nama-nama yang bermula dengan Muhammad, hadathana Muhammad bin al-Hasan bin Makrum...........) dan isnadnya dinilai sahih oleh penyemak: Mahmud Hasan Ismail. Juga dikeluarkan oleh al-Bazzar dan dinukil oleh al-Haithami dalam Majma al-Zawaaid, jld 2, ms 83, no 2454 dengan lafaz yang sedikit berbeza. Kata al-Haithami: Para perawi al-Bazzar adalah perawi yang sahih.]


Hudzaifah r.a. pernah berkata: Adalah aku bersama Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam, baginda membuang air kecil berhampiran kawasan pembuangan sampah sebuah kabilah sambil berdiri.


[Sebahagian dari hadis yang panjang, dikeluarkan oleh Ibnu Jarud, Muslim, Ibnu Khuzaimah dan lain-lain, lihat Sahih Muslim ] no: 273. (Kitab Taharah, Bab Menyapu di atas kasut)]


Sementara itu ada sebuah athar drpd A’isyah r.a.: Sesiapa yang menceritakan kepada kalian bahwa Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam buang air kecil secara berdiri, maka janganlah kalian membenarkannya. Tidaklah pernah beliau membuang air kecil kecuali secara duduk.


[Hadis dikeluarkan oleh Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan lain-lain, dinilai sahih oleh Nasiruddin Albani dalam Sahih Sunan Tirmizi ?no: 012. (Kitab Taharah, Bab Tentang larangan kecing berdiri).]


Penerangan A’isyah ini tidaklah bertentangan dgn penerangan Hudzaifah. Penafian A‘isyah di atas sebenarnya berdasarkan pengamatan beliau sendiri terhadap kehidupan harian Rasulullah saw di rumah. Perlu diingatkan bahawa A‘isyah tidak selalu ikut bersama Rasulullah apabila beliau bermusafir, dalam misi dakwah atau ekspedisi pembukaan (perang). Beliau hanya ikut serta secara bergilir antara isteri-isteri Rasulullah yang lain. Maka apa yang dinafikan oleh A‘isyah sebenarnya tidak merangkumi tatacara Rasulullah membuang air kecil apabila berada di luar rumah ketika bermusafir.


Oleh itu yang utama adalah membuang air kecil secara duduk. Ini termasuk sunnah kebiasaan Rasulullah dan juga etika Islam. Namun jika keadaan tidak mengizinkan maka dibolehkan kencing berdiri. Ia tidak ada kena mengena dengan membaik pulih kaki syaitan yang patah.





Related Posts


Kenali Hypertensi Arteri Pulmonari


Bahaya Tidur Dalam Keadaan Lampu Be...


Doktor saran makan tahi hidung masi...


Gambar kuman dan kutu yang sering k...


Sindrom Pekak Dan Jenis- Jenisnya


Kelenjar Prostat Membengkak


Berlakunya Pendarahan Ketika Hamil?






Takkan baca je, tinggalkan lah satu komen menarik ^__^







0 comments:




Post a Comment





Links to this post

Create a Link
‹ 5 keadaan penyakit paling pelik di duniaKebaikan Solat dari Perspektif Sains ›


Kami akan cuba memberikan info terbaru berkaitan dengan perubatan. Anda tidak akan jumpa di mana-mana blog selain dari blog kami kerana berpegang pada prinsip. "Sumber Perubatan untuk semua"



Entri Popular


5 keadaan penyakit paling pelik di dunia
5 keadaan penyakit paling pelik di dunia. Lihat 5 orang yang mengalami penyakit yang pelik dan tidak pernah di alami oleh manusia lain. 1...


Apa 9 Kebaikan Kopi Untuk Kesihatan Tubuh Anda?
9 kebaikan kopi untuk anda, isteri, anak-anak, sahabat dan semua manusia. Kopi bukan sahaja membawa keburukan, ada juga kebaikan kopi unt...


Hukum kencing berdiri dalam Islam
Hukum kencing berdiri dalam Islam Kisah kencing berdiri boleh menyembuhkan kaki syaitan yang patah hanyalah merupakan dongengan manusia z...

Lawak Hambar pelajar Perubatan
Disebabkan saya juga pelajar Perubatan, ada beberapa teori dan lawak hambar bagi semua medical student. Ikuti bersama. Permulaan tah...


Bahaya Berpakaian Ketat Ketika Tidur.
Bahaya Berpakaian Ketat Ketika Tidur. Pastikan anda tidur tidak memakain pakaian yang ketat untuk menjaga kesihatan anda. Pakaian ti...


Gambar kuman dan kutu yang sering kita makan
Lihat lah Gambar kuman dan kutu yang sering kita makan , kekadang kita tidak sedar dalam pemakanan kita seharian, ada masanya kita makan ...




Blog Archive

2013 (30)
July (6)
June (4)
March (8)
February (3)
January (9)
Bahaya Berpakaian Ketat Ketika Tidur.
Apa 9 Kebaikan Kopi Untuk Kesihatan Tubuh Anda?
5 keadaan penyakit paling pelik di dunia
Hukum kencing berdiri dalam Islam
Kebaikan Solat dari Perspektif Sains
Tokoh Perubatan Islam : Ibnu An-Nafis
Tokoh Perubatan : Ibnu Sina
Kaedah Merawat Sihir
Apakah Perubatan Islam?

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...