Halaman

Malaysia's Blogs and Websites Ranking

Khamis, September 12, 2013

11 Senibina Terunik di Dunia



Senibina bangunan terunik yang terdapat di seluruh dunia. Antaranya ialah:-

Residential Car-House di Salzburg, Austria

Rumah yang berbentuk sebuah kereta ini dibina  oleh seorang Arkitek  berasal dari Jerman, Markus Voglreiter.

Rumah ini bernilai 1 juta euro

Casa Batllo di Barcelona, spanyol

Pemilik rumah Josep Batllo, memohon bantuan kepada seorang  arkitek  Antoni Gaudi untuk membuat pengubahsuaian rumahnya pada tahun 1877 di Barcelona. Pengubahsuaian ini selesai pada tahun 1904.

Muzium  Seni Frederick R. Weisman di Minneapolis, Amerika

Terletak di sungai Mississippi, Minneapolis, Amerika. Museum Seni Frederick R. Weisman di University of Minnesota ini mempunyai dua sisi yang berbeza. Muzium ini adalah hasil karya arkitek Frank Gehry.


The Haines Shoe House di York County, Pennsylvania, Amerika

Di bangunkan pada tahun 1948 oleh pengusaha sepatu Mahlon Haines.  Dimensi rumah ini adalah 48-kaki panjang, 17 kaki lebar, dan 25 kaki tinggi mempunyai 3 kamar tidur, 2 kamar mandi, 1 dapur, dan 1 ruang tamu, dengan 5 lantai.



Guggenheim Muzium di Bilbao, Spanyol

Bangunan yang berbentu kapal ini terletak di kota pelabuhan Bilbao Spanyol

Longaberger Co. di Newark, Ohio, Amerika

Bangunan menyerupai sebuah bakul ini adalah sebuah syarikat Longaberger Co. yang telah dibangunkan pada tahun 1997 dan selesai dua tahun kemudian. Bangunan ini mempunyai 7 tingkat dan terletak di Ohio adalah merupakan replika dari sebuah bakul perusahaan Longaberger Co. sememangnya ianya unik.

Country Music Hall of Fame and Museum di Nashville, Tennessee, Amerika

Country Music Hall of Fame and Museum yang berbentuk  berbentuk piano telah di buka kepada orang ramai pada tahun 2001. 


Sydney Opera House di Sydney, Australia

 Sydney Opera House dibuka pada bulan Oktober 1973 dan merupakan ikon paling terkenal dari Australia



Torre Galatea (Figueras, Spain)

Kalau kita lihat betul-betul kelihatan ada telur raksaksa di atas bangunan. Kalau waktu ni burung dodo masih lagi wujud pastinya dia akan mengeram telur nikan.. hehehe :P
Ideal Palace of Ferdinand Cheval di Hauterives, Perancis


Bangunan yang diperbuat daripada batu ini telah dibina pada tahun 1879 dan telah selesai dibina 33 tahun kemudiannya.

Rumah Terbalik di SABAH.. Kalau nak tahu dengan lebih lanjut lagi datang lah ke Negeri Sabah. Banyak tempat yang perlu anda lawati.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...