Halaman

Malaysia's Blogs and Websites Ranking

Selasa, September 10, 2013

10 VIRUS KOMPUTER YANG PERNAH MENGAKIBATKAN SELURUH DUNIA MENGALAMI KERUGIAN



Ia hanya mengambil beberapa baris kod untuk menjahanamkan komputer-komputer di seluruh dunia. Sepuluh jenis virus yang disenaraikan berikut adalah merupakan antara yang terkeji di dunia yang mengakibatkan kerugian yang mencecah sehingga RM300 billion seluruh dunia.


MYDOOM - Kerugian RM 124 billion

Virus mengintip ini telah berjaya memecahkan beberapa jenis rekod dunia, tetapi pencapaiannya yang paling menonjol adalah ianya paling pantas dan paling meluas merebak dalam sejarah penyebaran virus sedunia. Pada tahun 2004, ia telah menyebabkan pengurangan kelajuan trafik internet di seluruh dunia sebanyak 10 peratus walaupun ia diprogramkan dengan jangka hayat selama 12 hari. Ketika saat kegemilangannya, setiap 1 daripada 12 email di seluruh dunia telah dijangki virus 'mydoom' ini.

BLASTER - Kerugian RM 105 billion

Virus ini telah menyerang ribuan komputer melalui 'backdoor' serta merebak dengan mengeksploitasikan 'buffer overflow' yang terdapat pada sistem operasi keluaran Microsoft. Ia diprogramkan untuk membuat SYN flood pada port 80 windowsupdate.com lantas membuatkan server Windows Update menjadi overflow.

CONFICKER - Kerugian RM 28 billion

Virus ini disebarkan dengan menanam pepijat (bug) di dalam fail dan printer release dari Windows dan menghubung-kaitkan dengan password-protected release, justeru ia seterusnya menghalang sebarang akses dari pengguna. Namun begitu, virus ini tidak mempunyai rutin yang merosakkan. Menjelang awal 2009, lebih dari 50 juta buah komputer dari seluruh dunia telah dijangkiti dengan virus ini.

ILOVEYOU - Kerugian RM 27 billion

Banyak pihak mendakwa seorang rakyat Filipina, Onel de Guzman bertanggungjawab terhadap virus tahun 2000 yang disebarkan melalui email ini. Bagaimanapun, segala pertuduhan beliau digugurkan oleh kerana pada masa itu, di Filipina tiada sebarang undang-undang yang boleh digunakan untuk mendakwa jenayah siber. Virus ini berfungsi dengan menghapuskan fail-fail tertentu.

SASSER - Kerugian RM 11 billion

Malware ini telah menyebabkan PC-PC menjadi lumpuh pada tahun 2004 dengan menggunakan ralat yang terhasil daripada sistem servis Windows LSASS di mana seterusnya ia akan mematikan komputer. Selepas pihak Microsoft menawarkan ganjaran sebanyak $250,000 (RM 794,962), mereka telah menemui petualangnya. Sven Jaschan, pelajar sains komputer dari Rotenburg telah dijatuhi hukuman 21 bulan dalam perhatian pihak berkuasa.

CODE RED - Kerugian RM 8.3 billion

Pada tahun 2001, virus jenis cecacing ini mengawal komputer-komputer yang diceroboh menggunakan buffer overflow untuk melancarkan serangan DDoS pada laman web White House. Kod sumber virus Code Red ini dikesan datangnya dari Filipina.

SOBIG.F - Kerugian RM 7.9 billion

Botnet ini adalah versi keenam bagi keluarga virus yang wujud semenjak tahun 2003. Versi terbaru ini menjadi sangat efektif, dimana ia mampu menghantar dirinya sendiri melalui email di dalam sesebuah sistem. Ia akan mencari alamat melalui akaun email pengguna yang dijangkiti. Selain itu, ia mampu memasang server email secara automatik melalui penghantarnya.

SQL Slammer - Kerugian RM 3.8 billion

Pada tahun 2003, virus ini telah mengakses komputer-komputer yang dipasangkan server SQL dan seterusnya telah menyebabkan mesin-mesin ATM di seluruh Amerika Syarikat tergendala.  Separuh daripada keseluruhan nod-nod telah dijangkiti dalam tempoh masa 15 minit. Paling menakutkan apabila virus ini turut menyerang loji janakuasa nuklear.

MELISSA - Kerugian RM 3.5 billion

Pada tahun 1999, virus yang menggunakan macro di dalam perisian Office akan menghantar dirinya sendiri kepada 50 kontak yang pertama di dalam address book mangsa lantas membuatkan server di dalam sistem yang dijangkiti menjadi overload. David L. Smith, rakyat Amerika yang dijatuhkan pertuduhan atas kesalahan jenayah tersebut dikenakan hukuman penjara 20 bulan dan denda $5,000 (RM16,000). Menurut kenyataan dari Encik Smith, nama Melissa diambil sempena seorang penari bogel kegemaran beliau.

NIMDA - Kerugian RM 1.8 billion

Virus backdoor ini menyerang sejurus tidak lama selepas serangan 11 September 2001 lalu membuatkan ramai yang mendakwa ia berkaitan dengan serangan dari Al-Qaeda. Bagaimanapun, F-Secure telah menemui teks yang bertulis: ''Concept Virus (CV) V.5, Copyright ©2001 R.P. China'' di dalam kod sumbernya. Menurut Peter Tippett, pencipta Norton Antivirus adalah antivirus yang paling luas tersebar pada zamannya.

kredit to:-Harianteknologi.blogspot.com

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...