Halaman

Malaysia's Blogs and Websites Ranking

Isnin, Ogos 19, 2013

BELI KERETA MENGGUNAKAN DUIT SYILING..??

Pepatah ada mengatakan... sikit-sikit lama-lama jadi bukit.. inilah yang telah berlaku di Negara China, biasanya kita hanya mendengar orang membeli kereta secara tunai. Apa yang menarik seorang peniaga telah membeli sebuah kereta dengan menggunakan duit syiling.. Wow.. Banyaknya duit syiling.. Aku pun mahu lah juga...




Dia membuka bonet kenderaanya dan membawa keluar tujuh karung duit syiling untuk diserahkan kepada pengurus yang menguruskan jual beli kereta di kedai tersebut.


“Saya nak beli sebuah kereta, Saya ada wang tunai 60,000 yuan (RM27,756),” katanya sambil menyatakan bahawa keseluruhan duit syilingnya itu memiliki berat kira-kira 300 Kg.



Menurut Wang, dia mengumpulkan kira-kira 10,000 yuan (RM4,626) duit syiling setiap bulan yang diperolehi dari para pelanggannya termasuk peniaga roti dan pemilik kilang mee.



Bagaimanapun, pengurus kedai kereta tersebut telah mengalami masaalah untuk mendapatkan bank yang boleh menerima pembayaran yang lain dari yang lain itu, memandangkan proses mengira jumlahnya bukan sesuatu yang mudah.


Akhirnya, dia berjaya menemukan sebuah bank yang hanya bersetuju untuk menerima sebahagian duit berjumlah 15,000 yuan (RM6,940) daripada keseluruhan syiling itu.


Dalam masa yang sama, Wang pula terpaksa mencari bank lain yang boleh menerima untuk memasukkan sejumlah syiling lagi ke dalam akaun bank penjual kereta sebagai transaksi pembelian kereta tersebut.



Tambah melucukan Wang terpaksa bermenung panjang dan bermasam muka memandangkan dia tidak boleh memandu pulang kereta yang sudah dibelinya sehingga pihak bank selesai mengira kesemua duit syiling.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...