Halaman

Malaysia's Blogs and Websites Ranking

Rabu, Ogos 14, 2013

BALAN BALAN



Balan-balan (Hantu Penangal)

Balan-balan ataupun di panggil Hantu Penangal dan kalau di kedah dikenali sebagai hantu tengelong merujuk kepada seseorang, biasanya wanita, yang menuntut ilmu hitam bagi sesuatu kepentingan.
Mereka yang menuntut ilmu ini mampu menceraikan kepala dengan badan mereka dan kepala mereka mampu terbang dengan tali perut terurai-urai. Darah yang menitik dari tali perut mereka dipercayai berbisa dan akan menyebabkan kudis kepada mereka yang terkena. Hantu Penanggalan juga disebut dalam Hikayat Abdullah, yang ditulis pada tahun 1845, yang menarik minat Sir Stamford Raffles untuk memuatkan gambar dan keterangan mengenainya dalam buku catatannya.
Mereka yang menuntut ilmu penangalan biasanya akan menyimpan setempayan cuka bagi memeram urat perut mereka agar kecut sebelum bercantum masuk kembali kedalam badan asal mereka. Dipercayai sekiranya tubuh mereka dijumpai orang dan diterbalikkan, kepala mereka akan bercantum secara terbalik, dengan itu rahsia mereka akan terbongkar.
Gambaran dekat daun mengkuang berduri.
Penangalan dipercayai suka darah perempuan yang bersalin, dan sekiranya mereka menghisap darah tersebut, wanita bersalin itu akan mati akibat tumpah darah. Oleh itu, biasanya disekeliling rumah wanita bersalin (masa dahulu, rumah dibina bertiang), diletakkan daun mengkuang yang berduri. Dipercayai penanggalan takut hendak mendekati rumah tersebut kerana bimbangkan tali perutnya tersangkut kepada duri tersebut.
Ketika penanggalan terbang, ia dipercayai berupa cahaya putih berkilauan, dari urat perut mereka yang terburai itu.

2 ulasan:

Cik Itah berkata...

betul betul ke ni??

RIZNOAL berkata...

ermm... kalau di sabah... benda ni memang ada.. diorang ni selalunya pengamal ilmu hitam.. tapi di kawasan mana saya kurang pastilah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...