Halaman

Malaysia's Blogs and Websites Ranking

Selasa, Julai 30, 2013

KELAJUAN BOLEH MEMBUNUH


"Patuhi Had Laju, Kelajuan Boleh Membunuh"


gambar hiasan

Rasanya tinggal 9 hari sahaja lagi akan pergi meninggalkan kita. Kini muncul pula bulan syawal. Mesti ada yang tengah sibuk membeli tiket untuk pulang ke kampung halaman masing-masing untuk menyambut bersama dengan orang tersayang. Al maklumlah raya cuma setahun sekali. Memandangkan raya semakin menghampiri kita, jalanraya pastinya akan menjadi sesak. "Patuhi Had Laju, Kelajuan Boleh Membunuh" adalah tema baru bagi Kempen Bersepadu musim perayaan tahun ini yang bertujuan menggesa pengguna jalan raya agar sentiasa berhati-hati dan mematuhi peraturan had laju.

Kempen ini turut mengekalkan dua tema utama iaitu "Pandu, Tunggang dan Jalan Dengan Selamat" dan "Penggunaan Pengangkutan Awam Mengurangkan Kemalangan" dengan harapan agar pengguna jalan raya sentiasa mengingati petua keselamatan jalan raya seperti jarak keselamatan dan kaedah memotong dengan selamat ketika berada di jalan raya.

Kepada penunggang motosikal dipohon untuk pulang pada waktu siang dan bukan pada waktu malam ini adalah kerana risiko kemalangan maut berlaku pada waktu malam. Pakailah pakaian yang mudah nampak jika terpaksa balik pada waktu malam.

Pelaksanaan dan tumpuan khusus kempen yang diadakan sempena musim perayaan ini kerana bilangan kenderaan yang berada di jalan raya biasanya meningkat dua kali ganda iaitu hampir 1.3 juta hingga 1.4 juta kenderaan sehari berbanding kepadatan trafik daripada 700,000 hingga 800,000 kenderaan pada hari biasa.

Kenderaan berat seperti bas ataupun lori, lihatlah kiri dan kanan kerana anda selalu tidak "alert" kepada kenderaan kecil khususnya penunggang motorsikal mahupun pejalan kaki. Janganlah terlalu pentingkan diri sendiri kerana mereka juga mempunyai keluarga seperti anda sendiri.

Kepada kenderaan seperti kereta, betullah korang ada kereta besar , sedap memecut di jalanraya. Tapi anda juga sendiri kena ingat, di jalanraya bukannya tempat berlumba!! Kalau nak berlumba sila lah join mana2 F1 dan tunjukkanlah kejagohan anda di trek. Kesianlah kepada kenderaan kecil yang tidak mampu memecut seperti kenderaan anda. Tolonglah sekali sekala tu kita perlu juga mematuhi had laju yang telah di tetapkan. Ingatlah orang tersayang dan jangan terlalu pentingkan diri sendiri. Dijalanraya melibatkan nyawa semua orang. 

Selamat bercuti kepada yang mula bercuti , dan selamat hari raya aidilfitri dari www.Riznoal.blogspot.com

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...