
USIANYA baru 13 tahun, namun Sam Preston mempunyai ukuran kaki yang besar dengan saiz kasut 18 kaki.
Sam yang juga pemain rugbi itu, mempunyai ketinggian 6 kaki 5 inci.
Ketika ini rekod dunia bagi kaki terbesar dipegang oleh Carl Griffiths, 21, dari South Wales.
Namun saiz kaki Sam kini lebih panjang daripada saiz kaki Carl ketika dia berusia 14 tahun, sekali gus menunjukkan Sam bakal menyaingi Carl.
Menurut Sam, ketika dia kecil, ukuran kakinya telah memanjang kepada saiz empat, hanya dalam masa enam bulan.
“Keadaan ini menyebabkan ibu terpaksa membelikan kasut baru kepada saya dan ia perlu dibeli di Amerika Syarikat.
“Sehingga kini ibu masih bingung, bagaimana saya boleh membesar dengan cepat,’’ katanya.
Sam berkata, setiap kali dia menayangkan kakinya itu, orang ramai akan terpegun menyaksikannya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan