Halaman
ANDA PELAWAT KE
Isnin, November 11, 2013
5 CARA MUDAH HILANGKAN SAKIT MIGRAIN
Artikel pada kali ini aku ingin kongsikan kepada para pembaca yang mungkin pernah terkena migrain. Aku dapat tips ini pun daripada sebuah blog http://www.mujadafewa.my/ . Terima kasih kerana memberi tips cara melegakan sakit migrain.
1. Menggunakan Rempah
Bahan-bahan yang pedas yang ada dalam cili merah boleh membantu melegakan sakit kepala semasa serangan migrain kerana ia menjadi ubat penahan sakit . Satu jumlah yang besar cili merah boleh digunakan semasa serangan migrain dan bukanlah dalam semua makanan.
2. Merendam Tangan dalam Air Dingin
Merendam kedua-dua tangan anda di dalam air sejuk selagi anda boleh. Ini mungkin membantu melegakan kesakitan akibat migrain dengan cepat. Anda juga digalakkan untuk membuka dan menutup tangan anda semasa direndam di dalam air.
3. Berada Di Dalam Bilik gelap
Cuba untuk sentiasa bergelap di dalam bilik semasa serangan migrain. Cahaya tambahan dan berlebihan boleh mendatangkan sakit kepala.
4. Mengambil Sedikit Kafein
Satu jumlah kafein yang besar boleh menjadi tidak sihat tetapi jumlah yang kurang sebenarnya boleh bertindak sebagai ubat penahan sakit. Ambillah sedikit kafein semasa serangan migrain dan rasakan perbezaannya.
5. Menggunakan Teknik Acupressure
Teknik ini adalah salah satu teknik yang paling mudah dan berguna untuk mengurangkan migrain. Teknik acupressure sebenarnya dilakukan dengan melakukan sesuatu di titik tekanan anda. Ketik sebelah kanan dan kiri dahi , bahu dan bahagian dalam pergelangan tangan anda 3 kali untuk mengawal tenaga dan untuk melegakan migrain.
Selamat mencuba..
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan