Monday Couple
Cuma segelintir yang mengharapkan dia benar-benar bercinta dengan Kang Gary iaitu pasangannya dalam program realiti televisyen, Running Man, sahaja masih tertanya-tanya apakah kesudahan Monday Couple?
Kalangan staf program SBS itu turut tidak menafikan akan berlaku perubahan dalam hubungan `pasangan tersebut.
Penerbitnya, Cho Hyo Jin memberitahu Star News; Saya baru dimaklumkan tentang hubungan Song Ji Hyo. Anggota Running Man rapat antara satu sama lain, jadi mereka mungkin sudah tahu mengenai hubungan ini tetapi kami (staf) memang tak tahu menahu.
Ditanya tentang status hubungan Gary dan Ji Hyo dalam program itu selepas ini, menurutnya; Monday Couple tak pernah ada dalam skrip, ia berlaku secara natural jadi kami tidak ada rancangan untuk mengubah apa-apa. Bagaimanapun dengan perkembangan terbaru hubungan cinta Ji Hyo, rasanya Monday Couple pun secara semulajadi akan berubah.
Bagaimana agaknya reaksi Gary apabila mengetahui tentang kisah cinta pasangan olok-oloknya ini. Mungkin tak dia menjerit: Stress!
Kredit : Utusan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan