Tahukah anda kamera yang paling termahal sekali ialah jenis Leica 0-series telah dijual dalam satu acara lelong dengan harga 2.16 juta euro (RM8.57) di Vienna, Austria... wow.. mahalnya... jualan tersebut juga telah mencatat satu rekod baru iaitu kamera yang paling mahal pernah dijual dalam acara lelong.
Gambar prototaip kamera Leica 0-series
Dalam acara lelongan bertempat di Galeri Westlicht, kamera tersebut yang merupakan model untuk penghasilan kamera Leica 0-Series, pada mulanya dijangka hanya mampu dijual dengan harga antara 600,000 euro (RM2.3 juta) hingga 800,000 euro (RM3.1 juta)
Namun harga kamera itu, yang pada mulanya dibuka dengan harga 300,000 euro (RM1.1 juta), meningkat sehingga RM8.57 juta dan dibeli oleh seorang pembeli yang enggan dikenali
Rekod kamera termahal yang pernah dijual sebelum ini berharga 1.32 juta euro (RM5.2 juta), juga merupakan kamera Leica 0-Series
kredit:- Mysumber.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan