Halaman

Malaysia's Blogs and Websites Ranking

Selasa, September 03, 2013

SEORANG NELAYAN MENAIKKAN SEEKOR IKAN MIRIP SEEKOR NAGA





Kemaman – Nelayan dan pembeli di Jeti Kuala Kerteh gempar apabila salah seorang nelayan menaikan seekor ikan yang mirip seekor haiwan lagenda, Naga. Ikan ganjil itu mempunyai sesungut panjang kemerahan di bawah mulut serta berduri di bahagian bawah badan. Menurut nelayan yang menjumpai ikan ganjil tersebut, ikan itu berukuran lebih kurang 4 meter panjang dan mempunyai berat kira-kira 9 kilogram.
“Saya terkejut melihat ikan itu, kepalanya mirip naga, badan berwarna putih dengan kulitnya yang keras tetapi tidak bersisik dan mempunyai sirip yang kemerahan,” kata pembuat minyak urut, Othman Abu Bakar 63 tahun. Othman yang berasal dari Kampung Telaga Papan turut berada di Jeti Kuala Kerteh sewaktu ikan ganjil itu dinaikan. Beliau terus menyuarakan hasrat untuk membeli ikan ganjil tersebut kerana seumur hidup beliau tidak pernah lagi melihat ikan ganjil itu sehinggalah pada hari kejadian.
“Saya beli kerana saya ingin menunjukan kepada penduduk kampung (Kampung Telaga Papan). Sebaik sahaja saya membawa pulang ikan ini, ramai jiran tetangga datang ke rumah untuk melihat sendiri ikan ganjil ini.” kata Othman.
“Mereka tidak pernah melihat ikan seperti ini walapun sudah lama tinggal di Kampung Telaga Papan yang terkenal dengan kawasan penangkapan dan pendaratan ikan,” tambah Othman lagi.
Apabila ditanya tentang harga ikan ganjil tersebut, Othman enggan memberi tahu walaupun setelah dipujuk berkali-kali. Katanya, ketika dinaikan ke darat kepala ikan itu sudah hancur tetapi ciri-ciri badannya jelas kelihatan seperti seekor naga . Tambah Othman, kepalanya mungkin hancur kerana tersangkut pada pukat yang digunakan nelayan.
Othman bagaimana pun tidak berhasrat untuk memakan ikan ganjil tersebut, akan tetapi beliau ingin mengeringkan ikan tersebut untuk dijadikan ramuan menghasilkan minyak urut.

kredit:- berita-harian.net

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...