Halaman

Malaysia's Blogs and Websites Ranking

Isnin, September 09, 2013

BELI BARANG GUNA NOT AS 1JUTA..!!




Polis berkata, seorang lelaki Carolina Utara cuba membeli barangan bernilai AS$476 (RM1,508) dengan sekeping wang ‘bernilai’ AS$1 juta, semalam.

Menurut jurucakap polis, Michael Fuller, 53, menunjukkan wang berkenaan kepada pekerja Walmart dan sedaya-upaya meyakinkan petugas itu kononnya ia tulen.

“Fuller cuba membeli pembersih hampa gas, pembakar gelombang mikro dan beberapa barangan lain menggunakan wang berkenaan,” katanya.

Petugas Walmart kemudian menghubungi polis selepas Fuller terus bertegas mendakwa wangnya sah digunakan.

Fuller kemudian ditahan untuk disoal siasat.

Nilai wang kertas terbesar yang sah di Amerika Syarikat ialah AS$100 selepas pengeluaran not AS$10,000 dihentikan pada 1969. - AP

P/s: Teringin juga mahu lihat mata wang malaysia sebanyak RM1 juta.. Tapi macam tidak pernah wujud..?? hehehe :P

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...