
Artikel pada kali ini aku mahu berkongsi satu petua yang mungkin berguna untuk korang semua. Artikel ni pernah aku siarkan dahulu dalam blog SK Pekan Satu cuma penyampaian d sini lebih santai. Korang pernah mengalami masalah paip tersumbat?? Jika pernah apa "solution" korang? Masalah ini selalunya berlaku di perumahan flat. Betulkan? Masalah ini pun pernah berlaku sama aku .Almaklumlah aku menyewa di rumah flat di labuan.. Aku dah buat pelbagai cara termasuklah tuang air panas dan cara paling tragik (PAM AIR sampai surut).. Kawanku yang dulunya pernah tinggal di rumah sewa nie pernah memberi khidmat nasihat kepada aku.." Kalau sinki tersumbat try ketuk pintu penyewa di bawah. Orang di bawah tu baik hati..".. Erk... blur aku sekejap..." Terpikir juga aku, kalau penyewa di bawah balik kampung selama seminggu..?? CONFIRM jadi kolam di dapur aku.. Haishhh... Setelah pelbagai cara sudah aku buat dengan rela hati aku menaip "google" dan jawapan untuk permasalahan ini sudah selesai. Tidak perlu lagi kita mengeluarkan tenaga yang banyak juga tidak perlu mengeluarkan duit yang banyak untuk membayar"Tukang Paip". Oppss soriieee... Kalau korang nak panggil aku tolong buatkan pun boleh juga.. Tapi kena charges lah.. hehehe kunun..... :P
Tips Pertama :
- Kita cuma perlu beli Garam Kasar dan Cuka makan.
- Tuangkan separuh garam kasar dan cuka makan di dalam air .
- Masak air hingga mendidih.
- Tuangkan lagi sedikit garam ke dalam paip yang tersumbat (ikut berapa besar saiz paip) dan cuka makan.
- Tuangkan air yang telah mendidih ke dalam paip yang tersumbat.. Dan lihat hasilnya.
- Selamat Mencuba..
* Modal admin cuma RM2.50 sahaja sudah selesai masalah paip tersumbat.*
Gambar di bawah ini pun kita boleh beli di kedai-kedai Hardware yang berhampiran rumah anda
PYE DRAIN CLOG-FREE
BATU SODA
Nasihat pakar diperlukan sebelum menggunakkan kedua-dua bahan diatas.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan