Halaman

Malaysia's Blogs and Websites Ranking

Isnin, Julai 22, 2013

RESEPI DURIAN CREPE




Assalamualaikum,selamat sejahtera dan salam 1Malaysia...

Nak tahu cara buat durian crepe?Alah,resepi yang tiba-tiba 'meletup' tu...Nak buat sendiri durian crepe? Ha,ini resepinya...
------------------------------------------------
CREPE (Isi luarnya yang warna kuning tu)
Bahan-bahan: Tepung gandum (250 gram)
3 biji telur
Santan (500 ml) nak guna santan dalam kotak pun tak apa.
Garam (1/2 sudu teh)
Pewarna (1 sudu teh) apa-apa warna pun boleh.



Cara membuatnya:
Campurkan semua bahan,kemudian kisar dan tapis.
Panaskan pan (kuali kecil) dengan api yang kecil dan ratakan sedikit minyak.
Tuang 1 senduk adunan dan ratakan hingga menjadi crepe.
Biarkan permukaan atasnya kering.Tak perlu dibalikkan.Angkat dan biarkan sejuk.
-----------------------------------------------
ISI DURIAN
Bahan-bahan: Non Dairy Whipping Cream (1 cawan)
Isi durian (dibuang bijinya)

Cara membuatnya:
Bentang 1 keping crepe.
Letakkan Whipping Cream di tengahnya.
Letakkan isi durian.
Tutup isinya dengan Whipping cream.
Lipat crepe dan simpan dalam peti sejuk.
------------------------------------------------

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...