- Jamilah Noriah Abang Anuar,72,(kanan) ibu kepada Ariza Ghazalee, salah seorang penumpang pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang terhempas di Ukraine, tidak dapat menahan kesedihan ketika ditemuramah di kediaman mereka di sini, hari ini. - Foto Bernama
Dengan suara tersekat-sekat beliau memberitahu anak, menantu bersama cucu-cucunya itu sedang dalam perjalanan pulang ke tanah air selepas lebih tiga tahun berada di luar negara.
Beliau berkata, anaknya mengikuti suami yang bertugas dengan sebuah syarikat milik Shell di Kazakhstan dan suami anaknya itu baru mendapat kebenaran untuk berpindah tempat kerja dari Kazakhstan ke Kuala Lumpur.
Beliau yang ditemui di kediamannya di Samariang di sini berkata, sebelum ini anaknya begitu ceria hendak menyambut Aidilfitri di tanah air, malah sudah mula menempah baju warna sedondon putih untuk hari lebaran nanti.