MELAKA – Seorang penjenayah bukan saja kempunan untuk memperkosa seorang jurujual wanita malah nasibnya malang apabila dia dikejar dan ditangkap oleh orang awam selepas menceroboh sebuah bilik hotel bajet di Jalan Melaka Raya 3 di sini semalam.
Dalam kejadian pada pukul 11.45 pagi, suspek yang berusia 20-an menceroboh bilik hotel yang didiami mangsa sejak setahun lalu ketika wanita itu tiada di bilik tersebut.
Mengikut mangsa Wong Siew Hong, 38, dia hanya mengetahui ada penjenayah di dalam biliknya selepas dia masuk ke bilik yang terletak di tingkat dua hotel tersebut setelah selesai makan di sebuah restoran berhampiran.
